Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.jén] | ايجين

Definisi : (éjén) 1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya tentu lebih murah; 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musu (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.jén] | ايجين

Definisi : /éjén/ 1 orang dll yg menjalankan perniagaan utk orang lain; wakil dlm urusan jual beli atau dlm perdagangan; wakil penjual: Pemuda itu ialah ~ sebuah syarikat kereta. 2 orang yg diupah utk melakukan sesuatu utk orang lain: Salah seorang ~ pertubuhan haram itu telah diberkas oleh pihak polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special agentejen khasPentadbiran PerniagaanTiadaEjen yang bukan sahaja mewakili syarikatnya dalam kawasan tertentu tetapi juga menyelia ejen-ejen lain dan operasi syarikat tersebut.
special insurance agentejen insurans khususinsuransTiadaWakil sesebuah insurer di sesuatu kawasan. Ia memberi khidmat kepada ejen-ejen insurer dan secara am bertanggungjawab terhadap jumlah dan mutu perniagaan yang diurus niaga di sesebuah kawasan. Dalam insurans harta dan liabiliti, individu ini adalah seorang wakil pemasaran manakala dalam insurans hayat ia dikenal sebagai wakil jualan.
abatement of income for exportspengurangan pendapatan eksportEkonomiTiadaInsentif pelaburan yang diberi di bawah Akta Galakan Pelaburan kepada syarikat pembuatan yang mengeksport secara langsung atau melalui ejen-ejen keluaran yang dikeluarkan di dalam negeri. Insentif ini adalah dalam bentuk potongan kiraan pendapatan yang bergantung kepada nilai eksport.
rate manualmanual kadarPentadbiran PerniagaanTiadaManual yang mengandungi sebut harga bagi kos seunit insurans untuk pelbagai perlindungan, maklumat dan pengunderaitan awal, peraturan syarikat insurans untuk panduan pengunderait dan ejen-ejen. Bagi insurans hayat, jumlah nilai lucut hak dan skel dividen, juga diberi.
ejen cerdasintelligent agentsKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiPerisian yang menggunakan AI untuk membuat keputusan atau melaksanakan tindakan bagi pihak pengguna secara automatik untuk mencapai matlamat tertentu. Ejen cerdas mengesan keadaan persekitarannya melalui input atau sensor, memproses maklumat yang dikesan diterima dan bertindak untuk membuat keputusan menggunakan teknik AI. Ejen ini juga mampu menyesuaikan tindakannya mengikut perubahan persekitaran. Contoh ejen cerdas termasuk ejen perangkak, ejen maklumat dan ejen peribadi.
ejen perangkakcrawler agentKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiEjen AI yang direka untuk menjelajah dan mengimbas di alam siber atau peranti storan digital bagi mengumpul, menganalisis atau mengindeks kandungan digital seperti laman web, pangkalan data atau gudang data. Ejen ini beroperasi secara autonomi untuk menjejaki dan memproses data berskala besar. Ejen perangkak digunakan, antaranya untuk pengawasan harga dengan menjejak harga produk di pelbagai platform e-dagang atau untuk penyelidikan dengan mengumpul data artikel jurnal atau data media sosial. Contoh ejen perangkak ialah Scrapy, Googlebot dan Bingbot. Ejen perangkak juga dipanggil bot perangkak atau perangkak Web.
local agentejen tempataninsuransTiadaEjen yang mewakili syarikat insurans untuk menjual perkhidmatan sebagai kontraktor bebas, berdasarkan komisen. Biasanya ejen seperti ini menjalankan perniagaannya di sesuatu kawasan yang ditetapkan dan khususnya adalah seperti yang ditetapkan di bawah kontrak.
ejen AIAI agentKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiPerisian yang menggunakan AI untuk memerhati persekitaran, membuat keputusan, dan melaksanakan tugasan secara automatik. Ejen AI boleh belajar daripada data, bertindak sendiri tanpa arahan manusia, dan mencapai matlamat yang ditetapkan melalui keupayaan menaakul, merancang, mengingat, membuat keputusan, belajar dan menyesuaikan diri mengikut perubahan persekitaran. Contoh penggunaan ejen AI termasuk penggunaan ejen perangkak, robot pintar, pembantu peribadi cerdas, dan kereta swapandu. Lihat juga ejen cerdas.
clubbed packet licenceejen kiriman berlesenPentadbiran PerniagaanTiadaEjen pengirim yang menghantar benda pos yang mengandung sekumpulan surat yang berlainan alamat untuk diserahkan kepada ejen lain yang akan menyerahkan benda pos itu kepada penerimanya.
agent rebaterebat ejenPelanconganTiadaPotongan daripada sejumlah bayaran yang perlu dibayar oleh ejen atau pemulangan sebahagian daripada jumlah yang telah dibayar oleh ejen.
12345678910...

Kembali ke atas