| political economy | ekonomi politik | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menganalisis kegiatan ekonomi berdasarkan pendekatan politik. Pada masa dahulu ilmu ekonomi merujuk ekonomi politik. |
| political economy | ekonomi politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cabang ilmu politik yang membincangkan pengaruh ekonomi terhadap politik. Bidang ini penting bagi memahami bagaimana perkembangan politik sesebuah negara sangat kuat dipengaruhi oleh faktor ekonomi.Ia menumpukan persoalan penindasan, kelas dan konflik kelas, hutang luar negara, pelaburan, perkembangan kapitalisme dan sebagainya yang berkait dengan ekonomi. Ekonomi politik juga memberi banyak fokus kepada persoalan hubungan antara negara miskin dengan negara maju. Disiplin ini merupakan salah satu daripada cabang ilmu sains politik seperti falsafah politik, teori politik, politik Malaysia dan juga sosiologi politik. |
| political philosophy | falsafah politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Salah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza. |
| political economy | ekonomi politik | Geografi | Tiada | Tiada |
| dependency | kebergantungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Waller |
| political economy | ekonomi politik | Sains Politik | Tiada | Tiada |
| class | kelas | Sejarah | Tiada | 2. Kedudukan sosial kelompok manusia dalam masyarakat berdasarkan status, ekonomi, politik atau minat. |
| upstream thinking | pemikiran huluan | Kejururawatan | Tiada | Perihal mengenal pasti dan mengubah suai faktor ekonomi, politik dan pemboleh ubah persekitaran yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan sedunia. |
| hierarchy | hierarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Klasifikasi kelompok berasaskan kebolehan, kedudukan ekonomi, politik, profesional atau sosial yang disusun dalam bentuk vertikal iaitu dari atas ke bawah. Kedudukan hierarki atas melambangkan kuasa dan kedudukan yang lebih baik, superior, berautoriti atau lebih kuat sementara kedudukan hierarki bawah melambangkan golongan yang lebih lemah, subordinat dan menjadi subjek kepada yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada masa kini sifat hierarki adalah dinamik, tidak seperti pada zaman feudal. Mobiliti sosial yang berlaku membolehkan seseorang mencapai kedudukan hierarki yang lebih baik. Contohnya, hierarki atas dan bawah dalam organisasi polis antara Ketua Polis Negara dengan konstabel. |
| culture | kultur; kebudayaan; budaya | Sejarah | Tiada | 3. Kebudayaan; budaya: Cara hidup manusia yang merangkumi aspek agama, sosial, ekonomi, politik, bahasa, pendidikan dan ilmu pengetahuan yang dipelajari, diamalkan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. |