Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elliptica


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ardisia ellipticaMata ayamPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Myrsinaeae ini juga dikenali sebagai mata pelanduk dan mata itik. Tumbuhan jenis renik. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips mempunyai tangkai daun warna kemerahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan bewarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak dimakan mentah.
Gmelina ellipticaduri bulangHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Verbenaceae yang dikenali juga sebagai bulangan dan bulang hutan. Duri bulang hidup liar di belukar dan tanah terbiar, terutama berhampiran pantai. Rantingnya berduri tajam. Daunnya ringkas, bersaiz kecil dan berbentuk bujur. Bunganya pada jambak rasem di hujung dahan. Kelopak bunga berbentuk loceng, bercuping empat dan berwarna kuning cerah. Buahnya kecil berbentuk hampir bulat. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk merawat sakit kepala dan mengurangkan bengkak. Daunnya juga menjadi ramuan untuk mengubati anemia, melegakan sakit gigi dan mencegah keguguran rambut. Buahnya yang pahit boleh dibuat ubat untuk merawat dropsi. Jus buahnya boleh dibuat ubat titis untuk merawat sakit telinga.
mengkudumengkuduPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Morinda spp. daripada famili Rubiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bengkulu. Spesies utamanya termasuk Morinda citrifolia dan M. elliptica. Gubal kayu mengkudu berwarna kuning kehijauan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna merah tua. Tekstur kayunya sederhana halus dan sekata, dengan ira yang agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat.
rotenonerotenonKimiaForensikFormula kimia, C23H22O6. Hablur tak berwarna atau keperangan, atau serbuk berhablur putih, takat lebur 165�C - l66�C, tak larut dalam air, larut sedikit dalam etanol dan eter, larut dalam aseton dan kloroform. Rotenon merupakan bahan aktif utama yang bersifat insektisid yang terdapat dalam akar dan rizom tumbuhan tuba (Derris elliptica, D. malaccensis). Bahan ini boleh menyebabkan pemekaan kulit, kerengsaan kulit, mata dan sistem pernafasan, loya, sakit abdomen, otot terketarketaL inkontinens, konvulsi, stupor atau koma. Had pendedahan ialah 5 �g/L. Dos oral maut lebih kurang 200 mg.

Kembali ke atas