| sex pheromone | feromon seks | Veterinar | Praklinikal | Sebatian kimia semula jadi yang terdapat pada semua serangga; haiwan dan manusia. Penghasilan feromon seks adalah secara spontan dan hampir tidak boleh dikawal. Feromon seks sangat penting untuk kemandirian spesies; pengenalpastian dan pengisyaratan minat terhadap pasangan. Feromon seks dikesan melalui organ vomeronasum pada hidung. Feromon seks merangsang hipotalamus; iaitu pusat emosi melalui penghantaran isyarat tarikan dan kemahuan. Kesannya ialah tarikan pengawanan antara pasangan secara naluri. Pada musim pengawanan; anjing betina merembeskan feromon seks untuk menarik perhatian anjing jantan dari jarak yang jauh. |
| pheromone | feromon | Psikologi | Psikologi Umum | Sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar haiwan tetapi berfungsi di luar badannya. Feromon mempengaruhi pembiakan, tingkah laku seksual, pengecaman ahli keluarga dan penetapan wilayah haiwan. Contohnya, bau kencing monyet betina boleh merangsang nafsu monyet jantan. Walau bagaimanapun, terdapat juga eksperimen yang menunjukkan bahawa keguguran boleh berlaku pada tikus betina sekiranya bertembung dengan tikus jantan yang asing padanya. Feromon dikatakan wujud pada manusia tetapi tidak sejelas haiwan. Terdapat eksperimen yang menunjukkan bahawa jika wanita duduk bersama dalam masa yang lama, kitar haid mereka akan berlaku pada masa yang sama. |
| pengoptimuman koloni semut (ACO) | ant colony optimization (ACO) | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi metaheuristik yang diusulkan oleh Marco Dorigo pada tahun 1992, berinspirasi daripada tingkah laku koloni semut dalam mencari makanan dan kembali ke sarang. Alkhwarizmi ini meniru tingkah laku semut yang meninggalkan jejak feromon pada laluan yang dilalui untuk memandu semut lain memilih laluan paling baik. Jika bertambah banyak semut melalui jejak tersebut, maka akan bertambah kuat feromonnya. Dalam ACO, semut tiruan (ejen perisian) bergerak dalam ruang penyelesaian, membina laluan secara berperingkat, dan meninggalkan jejak feromon buatan pada tepi graf berpemberat. Jejak feromon buatan pada setiap tepi graf dikemas kini sepanjang iterasi untuk mencerminkan kualiti penyelesaian yang ditemui; laluan yang lebih pendek atau lebih baik akan menerima lebih banyak feromon, manakala feromon pada laluan yang kurang baik akan merosot melalui proses penyejatan. Mekanisme ini membolehkan sistem secara kolektif mencari lintasan atau penyelesaian dengan kos paling minimum. Sebagai contoh, ACO digunakan seca |
| pheromone | feromon | Biologi | Ekologi | Bahan kimia yang dihasilkan ke persekitaran yang mengawal perlakuan komunikasi individu lain dalam sesuatu spesies. Misalnya, bahan kimia yang dikeluarkan oleh rama-rama betina yang belum mengawan dapat dikesan oleh rama-rama jantan walaupun kedua-dua haiwan ini berada jauh dari satu sama lain. |
| pheromone | feromon | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
| sex pheromone | feromon seks | Pertanian | Tiada | Tiada |
| sex pheromone | feromon seks | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| aggregation pheromone | feromon pengagregatan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| alarm pheromone | feromon gera | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| attractant pheromone | feromon pemikat | Perhutanan | Tiada | Tiada |