Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikirannya

Peribahasa

Cerdik perempuan meleburkan,
     saudagar muda menghutangkan.

Bermaksud :

Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
literatipujanggaKesusasteraanTiadaSasterawan yang dihormati kerana nilai karya dan fikirannya yang tinggi.
quandarykebimbanganSejarahTiadaPerihal keadaan orang yang berada dalam kebingungan atau tidak tetap fikirannya.
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membenarkan watak mendedahkan perasaan dan fikirannya secara langsung kepada penonton. Istilah ini dikaitkan dengan sajak Robert Browning seperti �My Last Duchess� dan �The Bishop Orders His Tomb�. Sajak-sajak ini menyampaikan fikiran dan perasaan watak dalam situasi dramatik. Dalam teater tradisional Melayu seperti makyung dan wayang kulit, teknik ini dikenali sebagai ucap tetap. Contohnya, semasa watak Pak Yung memperkenalkan dirinya secara monolog kepada khalayak dalam cerita Raja Bongsu Sakti. Selain itu, teknik ini juga terdapat dalam bangsawan dan drama Shakespeare. Contohnya, adegan dalam drama Hamlet, �To be or no to be� merupakan monolog dramatik.
autismautismePerubatanTiadaKeadaan yang berlaku apabila seseorang dikongkong oleh pemikiran subjektif dan memusatkan fikirannya pada dirinya sendiri. Akibatnya individu berkenaan suka memencilkan diri dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat.
open-ended questionsoalan terbukaSains PolitikPolitik PerbandinganSoalan kepada responden dalam suatu kerja lapangan penyelidikan yang bersifat terbuka dan subjektif jawapannya. Responden bebas menjawab mengikut fikirannya tanpa sebarang pilihan. Ini berbeza dengan soalan tertutup, apabila responden diberi pilihan seperti 'Ya' atau 'Tidak', 'Benar' atau 'Salah' dan 'Sangat Setuju', 'Setuju', 'Tidak Setuju' dan 'Sangat Tidak Setuju'. Soalan tertutup ini memberi pilihan yang terbatas sebaliknya soalan terbuka membolehkan responden menjawab mengikut pandangannya tanpa sebarang pilihan.
ahliyyahkelayakanPerniagaan IslamTiadaSifat keupayaan yang perlu ada pada individu bagi membolehkannya menerima hak dan tanggungjawab serta melaksanakannya. Kelayakan ini sempurna berkuat kuasa apabila individu mencapai umur baligh. Manakala kelayakan tidak sempurna berlaku pada individu yang belum mencapai umur baligh atau tidak matang fikirannya.
conflictkonflikKesusasteraanTiadaPertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �pergaduhan atau pertembungan�. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik.

Kembali ke atas