Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitohormon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auxinauksinBotaniTiadaFitohormon yang mengawal atur pertumbuhan atau tumbuhan terutamanya melalui pemanjangan sel. Fitohormon ini dapat membantu permulaan pembentukan akar, mengawal perkembangan buah dan kedominanan apeks. Contohnya, asid indol asetik (IAA), asid indol butirik (IBA) dan asid naftalena asetik (NAA).
ethyleneetilenaBotaniTiadaFitohormon dalam bentuk gas yang mempengaruhi gerakan tropisme dan merencat pertumbuhan akar. Fitohormon ini juga boleh mempengaruhi proses peluruhan, kemasakan buah dan epinasti.
abscissic acidasid absisikBotaniTiadaFitohormon yang mengawal atur perkembangan tumbuhan semasa berlakunya tegasan persekitaran iaitu keadaan kekurangan air pada tumbuhan. Fitohormon ini juga berfungsi mengawal perhubungan akar dengan pucuk dan juga proses peluruhan.
phytohormonefitohormonBiologiFisiologiHormon yang dihasilkan secara semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang paling aktif untuk mengawal pertumbuhan dan fungsi lain pada tapak yang jauh dari tapak pengeluarannya. Ada tiga jenis yang utama, iaitu auksin, sitokinin dan giberalin.
phytohormonefitohormonBioteknologiTiadaHormon yang berkesan terhadap tumbuh-tumbuhan, termasuk auksin, giberelin, sitokinin, dan asid absisik.
phytohormonefitohormonBotaniTiadaBahan kimia organik yang dihasilkan dalam satu bahagian tumbuhan pada kepekatan rendah, dan diangkut ke bahagian lain pada tumbuhan yang sama bagi mempengaruhi pertumbuhan dan fungsi-fungsi lain.
gibberellingiberelinBotaniTiadaFitohormon yang merangsang proses pemanjangan batang dan percambahan, mengawal atur gerakan tropisme dan proses-proses lain. Contohnya, asid giberelik (GA).
cytokininsitokininBotaniTiadaFitohormon yang merangsang pembahagian sel. Contohnya, benzilaminopurina (BAP), kinetin, zeatin dan tidiazurom (TDZ).

Kembali ke atas