Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fizikalnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
variable starbintang berubahMatematikTiadaBintang yang sifat fizikalnya, seperti kecerahan, halaju jejari, dan spektrum, berubah-ubah mengikut masa.
placeboplaseboPerubatanTiadaSediaan tidak aktif yang rupa bentuk fizikalnya serba sama dengan dadah yang diuji, yang diberikan kepada subjek atau pesakit dalam keadaan yang sama, seperti keadaan pemberian dadah yang diuji. Sebarang kesan yang muncul pada pemberian sediaan ini dianggap bersifat psikologi sahaja. Dengan itu kesan sebenar ubat yang diuji itu dapat dihayati secara tepat.
commercial audiencekhalayak komersialKomunikasiKorporatSekumpulan khalayak yang secara fizikalnya menonton televisyen atau mendengar radio semasa siaran komersial. Kumpulan khalayak ini dilihat sebagai khalayak komersial kerana mereka mendengar atau menonton siaran iklan, sebelum, semasa, atau selepas rancangan disiarkan. Khalayak komersial biasanya terbentuk pada tahap maksimum semasa masa perdana di stesen penyiaran. Contohnya, antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Nilai masa ini dijual lebih mahal berbanding nilai masa lain seperti selepas pukul 10.00 malam. Khalayak komersial biasanya mempunyai kuasa beli dan kuasa buat keputusan yang tinggi. Mereka biasanya terdiri daripada golongan ibu bapa, penjaga, atau kelompok individu yang mempunyai nilai kuasa beli yang tinggi.
spot commoditykomoditi laniPentadbiran PerniagaanTiadaKomoditi sebenar dalam bentuk fizikalnya berbanding dengan kontrak hadapan.
monolithic arraytatasusunan monolitikTeknologi MaklumatPerisianKonfigurasi asas yang secara fizikalnya agak besar dan tidak dapat dimuatkan dalam kabinet rak yang piawai. Konfigurasi ini lebih sesuai untuk persekitaran yang berskala besar. Sistem storan seperti ini menyediakan protokol bagi kerangka utama sebagai tambahan kepada saluran gentian dan iSCSI bagi sistem terbuka SAN. Contohnya, EMC Symmetrix, Fujitsu ETERNUS 8000/6000, Hitachi Lightning &TagmaStore USP dan Sun StorEdge 99xx.
barrowmonggokArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKawasan perkuburan yang keadaan fizikalnya berbentuk bulat atau memanjang hasil timbunan tanah berbentuk seperti bukit. Kawasan ini biasanya dikelilingi parit. Di kawasan ini, terdapat kubur antaranya kubur keping batu, kuburan berkembar atau rumah kubur. Terdapat enam ciri monggok iaitu berbentuk mangkuk, loceng, leper, kolam, piring dan memanjang. Taburannya berkembang luas di Eropah, dan budaya ini diamalkan semasa zaman Roman, Anglo-Saxon dan Viking.
satellite officepejabat satelitPengurusanTiadaPejabat cawangan syarikat besar yang secara fizikalnya terpisah daripada pejabat utama sesebuah organisasi dan terletak di lokasi yang berbeza. Pejabat satelit biasanya lebih kecil daripada ibu pejabat dan lokasinya jauh beratus batu dari tempat operasi utama.
refractory claylempung refraktoriKejuruteraanTiadaLempung yang tidak berubah sifat kimia dan bentuk fizikalnya pada suhu tinggi.
rock descriptionperihalan batuanKejuruteraanTiadaCatatan yang bersistem mengenai jenis batuan serta sifat fizikalnya berdasarkan pengamatan terhadap sampel teras.
rock descriptionpemerihalan batuanKejuruteraanPetroleumCatatan yang sistematik mengenai jenis batuan serta sifat-sifat fizikalnya berdasarkan pengamatan ke atas sampel teras atau lebih tepat lagi ke atas belahan teras. Catatan ini dibuat terhadap kedalaman tempat teras itu diambil. Di antara perkara yang dicatatkan termasuklah warna, kekerasan, jenis batuan, saiz purata butiran serta taburannya, isihan, kandungan mineral yang menarik perhatian, struktur batuan seperti sifat perlapisan, laminasi, kehadiran struktur korekan atau biokacau dan kehadiran rongga yang berkaitan dengan keporosan batuan.
1234

Kembali ke atas