Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fraktur enamel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enamel fracturefraktur enamelPergigianTiadaEnamel yang patah akibat kemalangan, karies atau gigitan yang berat. Fraktur enamel boleh mendedahkan dentin dan mengakibatkan gigi menjadi sensitif. Fraktur enamel yang kecil boleh dirawat dengan restorasi komposit manakala fraktur enamel yang besar boleh dirawat dengan pembuatan korona.
enamel infractioninfraksi enamelPergigianTiadaFraktur enamel yang tidak lengkap atau retak dan tidak menyebabkan kehilangan struktur gigi. Infraksi enamel disebabkan trauma daripada daya impak yang rendah. Gigi yang mengalami infraksi ini memerlukan pemerhatian berkala untuk memastikan gigi tersebut tidak mengalami masalah seperti penstainan atau karies.
crown fracturefraktur koronaPergigianTiadaBahagian korona gigi yang patah akibat karies atau kecederaan. Fraktur korona boleh diklasifikasikan mengikut struktur gigi yang terlibat sama ada enamel sahaja, enamel dengan dentin atau enamel, dentin dan pulpa. Rawatan bagi setiap jenis fraktur adalah berbeza mengikut penglibatan struktur gigi.
crown fracturefraktur koronaPergigianTiadaKorona gigi yang patah disebabkan trauma seperti kemalangan dan jatuh atau karies. Jenis rawatan yang akan dilakukan bergantung pada paras kepatahan gigi. Sekiranya kepatahan melibatkan enamel atau enamel dan dentin, rawatan restorasi komposit boleh dibuat. Sekiranya melibatkan pulpa yang besar rawatan pulpotomi perlu dibuat diikuti dengan korona keluli nirkarat.
dental traumatrauma gigiPergigianTiadaKecederaan pada gigi kanak-kanak yang disebabkan oleh kemalangan seperti jatuh atau menerima daya yang kuat pada bahagian muka. Trauma pada gigi ini boleh mengakibatkan gigi patah, goyah atau tersesar. Trauma ini juga boleh menyebabkan kecederaan pada tisu lembut di sekeliling gigi tersebut. Rawatan bergantung kepada tahap kecederaan struktur gigi dan bahagian gigi yang terlibat. Contohnya, rawatan komposit boleh dilakukan untuk fraktur yang melibatkan enamel atau enamel dan dentin, dan rawatan kanal akar dilakukan untuk fraktur yang melibatkan pulpa.
cavity preparationpenyediaan kavitiPergigianTiadaPeringkat membuat kaviti untuk menerima bahan restorasi. Pada peringkat ini, semua faktor seperti pembuangan karies, bentuk pegangan dan rintangan telah dibuat bagi membolehkan kaviti menerima dan mengekalkan bahan restorasi di dalamnya. Pada peringkat ini juga perlu dipastikan struktur enamel yang tinggal tersokong dan tidak nipis supaya tidak mudah fraktur.

Kembali ke atas