Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan pemakanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nutritional disordergangguan pemakananSosiologiTiadaTiada
dystrophydistrofiPerubatanTiadaDegenerasi struktur atau fungsi sesuatu organ, terutamanya otot yang mungkin diakibatkan oleh gangguan pemakanan.
binge-eating disordergangguan makan gelojohMakanan dan PemakananPemakananGangguan makan yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan bulimia nervosa, tetapi tanpa penyingkiran makanan secara paksa atau tingkah laku tambahan yang lain. Lihat juga bulimia nervosa.
ataxiaataksiaMakanan dan PemakananPemakananGangguan koordinasi otot yang mengakibatkan pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak.
anorexia nervosaanoreksia nervosaMakanan dan PemakananPemakananGangguan makan disebabkan keadaan psikofisiologi yang berkaitan dengan penolakan terhadap berat badan normal yang minimum dan persepsi bentuk badan dan berat badan yang salah. Individu yang mengalami masalah ini takut akan pertambahan berat badan walaupun mereka sebenarnya kekurangan berat badan. Individu tersebut juga mengamalkan diet atau senaman yang keterlaluan untuk menurunkan berat badan.
bulimia nervosabulimia nervosaMakanan dan PemakananPemakananGangguan makan yang dikaitkan dengan pengambilan jumlah makanan yang banyak pada satu-satu masa, dan diikuti oleh kelakuan menyingkirkan makanan dengan memuntahkannya secara sengaja atau menggunakan laksatif.
indigestionketakcernaanMakanan dan PemakananPemakananKegagalan atau gangguan dalam proses pencernaan yang biasanya berkaitan dengan masalah lain seperti penyakit refluks gastroesofagus, ulser atau penyakit pundi hempedu. Simptomnya adalah seperti kesakitan pada abdomen selepas makan, muntah, kembung perut dan berasid.
eating disordergangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
pellagrapelagraMakanan dan PemakananPemakananPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan niasin dan triptofan. Gejala pelagra ialah dermatitis atau keradangan pada permukaan kulit yang terdedah, gangguan gastrousus berserta cirit-birit dan gangguan saraf pusat.
diabetes mellitusdiabetes melitusMakanan dan PemakananPemakananPenyakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hormon insulin dan berlakunya rintangan insulin yang mengakibatkan peningkatan paras gula darah. Penyakit ini mengakibatkan glukosa dalam darah tidak dapat dioksidakan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon insulin atau insulin yang dihasilkan itu kurang berkesan. Diabetes melitus dicirikan dengan letih, dahaga, lapar, kerap kencing dan penurunan berat badan. Penyakit ini sering terjadi kepada golongan dewasa dan semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.
123

Kembali ke atas