| detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu |
| detective | detektif | Kesusasteraan | Tiada | Anggota mata-mata gelap dalam pasukan polis yang cuba membongkar rahsia pembunuhan, identiti penjenayah dan sebagainya, di dalam kisah jenayah yang terdapat dalam novel atau cerpen. |
| biophotometer | biofotometer | Sosiologi | Tiada | Alat untuk mengukur kadar dan kecekapan penyesuaian cahaya gelap oleh mata, terutama untuk mengesan kekurangan vitamin A. |
| dark adaptation | penyesuaian gelap | Perubatan | Tiada | Penyesuaian mata untuk melihat di dalam gelap. |
| scotopia | skotopia | Biologi | Fisiologi | Penyesuaian mata terhadap keadaan gelap. |
| bakau | bakau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Bruguiera spp., Ceriops spp., dan Rhizophora spp. daripada famili Rhizophoraceae yang terdapat di hutan paya. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, dan tengar dan di Sabah termasuk lenggadai putut, beus, dan bangkita. Gubal kayunya mempunyai pelbagai peringkat warna coklat, iaitu pada peringkat kekuningan hingga kepada peringkat keunguan, dan teras kayunya berwarna coklat kelabu dan coklat merah, tetapi menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu bakau mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu bakau biasanya berukuran kecil dengan garis pusat yang kurang daripada 15 cm. Kayu ini biasanya digunakan sebagai pancang, kayu jaras, kayu cerucuk, kayu api dan menghasilkan arang kayu, pulpa dan kertas. |
| black light | cahaya gelap | Komunikasi | Tiada | Radiasi atau sinaran yang tidak dapat dikesan menerusi mata. Radiasi ini dihasilkan oleh sinaran ultraungu atau inframerah yang digunakan sebagai kesan khas. |
| Coalsack | karung hitam | Matematik | Tiada | Nebula gelap yang paling jelas, dapat dilihat dengan mata kasar dan terletak dalam buruj Crux, kira-kira 500 tahun cahaya dari bumi. Southern Coalsack. |
| spot | tenangan | Sukan | Boling | Tumpuan sasaran pemain pada lorong, sama ada tanda titik, mata panah, atau papan yang lebih gelap. |
| machine burn | rentung mesin | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perihal permukaan kayu yang mempunyai tompok-tompok gelap atau seakan-akan hangus akibat haba yang terhasil daripada pergeseran permukaan kayu dengan mata pemotong, seperti pengetam dan pengumai. |