| aftershock | kejutan lanjur , gegar penghujung | Geologi | Tiada | Gempa bumi yang mengiringi gempa bumi yang lebih besar atau kejutan utama, dan gempa bumi ini bermula berhampiran dengan, atau di fokus gempa bumi yang lebih besar. |
| earthquake intensity | keamatan gempa bumi | Geologi | Tiada | Ukuran kesan suatu gempa bumi di tempat tertentu. Keamatan tidak hanya bergantung pada magnitud gempa bumi tetapi juga pada jarak dari gempa bumi ke epipusat dan pada geologi tempatan. |
| epicentre of earthquake | pusat-gempa gempa bumi | Fizik | Tiada | Tiada |
| earthquake period | tempoh gempa bumi | Geografi | Tiada | Tempoh berlakunya gempa bumi. |
| intermediate focus earthquake | gempa bumi fokus perantaraan | Geologi | Tiada | Gempa bumi yang fokusnya terdapat di antara kedalaman kira-kira 60 km dan 300 km. |
| shallow-focus earthquake | gempa bumi fokus-cetek | Geologi | Tiada | Gempa bumi yang mempunyai fokus di kedalaman kurang daripada 70 km. |
| earthquake magnitude | magnitud gempa bumi | Geologi | Tiada | Ukuran kekuatan suatu gempa bumi, atau tenaga terikan yang dibebaskannya. |
| earthquake wave | gelombang gempa bumi | Geologi | Tiada | Gelombang anjal yang dihasilkan oleh gempa bumi atau yang terjana secara buatan melalui peledakan, termasuk gelombang jasad dan gelombang permukaan. |
| earthquake insurance | insurans gempa bumi | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian akibat gempa bumi sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak. |
| earthquake insurance | insurans gempa bumi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian akibat gempa bumi sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak. |