| pseudoplastic fluid | bendalir pseudoplastik | Kimia | Tiada | Bendalir bukan Newtonan yang kompleks yang tidak menunjukkan tiksotropi. Untuk memulakan aliran pada bendalir jenis ini, diperlukan tekanan atau daya yang melebihi sifar. Kelikatan ketara atau kekonsistenannya berkurang secara terus menerus dengan meningkatnya kadar ricih sehingga ke satu takat terdapatnya nilai kelikatan akan menjadi tetap. Nilai takat alah seperti yang ditunjukkan oleh meter kelikatan penunjukan terus adalah positif (sama halnya dengan bendalir Bingham), tetapi nilai takat alah sebenar adalah sifar. Contoh bendalir pseudoplastik adalah gam guar di dalam air. |
| pseudoplastic fluid | bendalir pseudoplastik | Kejuruteraan | Petroleum | Bendalir bukan Newtonan yang kompleks yang tidak menunjukkan tiksotropi. Untuk memulakan aliran pada bendalir jenis ini, diperlukan tekanan atau daya yang melebihi sifar. Kelikatan ketara atau kekonsistenannya berkurang secara terus menerus dengan meningkatnya kadar ricih sehingga ke satu takat terdapatnya nilai kelikatan akan menjadi tetap. Nilai takat alah seperti yang ditunjukkan oleh meter kelikatan penunjukan terus adalah positif (sama halnya dengan bendalir Bingham), tetapi nilai takat alah sebenar adalah sifar. Contoh bendalir pseudoplastik adalah gam guar di dalam air. |
| decolonization | penyahjajahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengurangan kuasa dan penghakisan dominasi kuasa penjajah. Proses ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan meliputi segenap aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks politik, proses ini dapat dilihat apabila pihak penjajah mula memberi peluang dan melatih anak tempatan dalam bidang pentadbiran serta melantik mereka untuk mengetuai jabatan atau memikul tanggungjawab tertentu dalam penggubalan dasar. Dalam konteks sosial pula, dasar sosial yang dahulunya berasaskan kepada nilai penjajah digantikan dengan nilai tempatan. Demikian juga halnya dalam aspek ekonomi, kuasa ekonomi tempatan secara berperingkat mengambil alih pengurusan dan ekuiti modal ekonomi yang dahulunya dikuasai penjajah. Contohnya, pemerintah Malaysia selepas mencapai kemerdekaan melakukan penyahjajahan dalam segenap aspek politik, ekonomi dan sosial bagi mengurangkan dominasi British di negara ini. |