Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) Id hasil drpd pertanian; b) hasil yg didapati drpd dlm tanah (berupa galian) dan drpd tumbuh-tumbuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hasil (spt bijih timah) yg diperoleh dr dlm bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colonial administrationpentadbiran penjajahPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan sesebuah negara yang dikuasai dan diterajui oleh kuasa asing bagi mengenakan dasar kolonialisme dan imperialisme mereka. Pada suatu ketika dahulu, pentadbiran penjajah berlaku ke atas negara-negara kecil yang belum mencapai kemerdekaan. Pentadbiran penjajah bertujuan untuk mengeksploitasi sumber hasil bumi yang terdapat di negara yang dijajah. Sebagai contoh, Tanah Melayu telah ditadbir oleh pihak penjajah Inggeris buat sekian lama telah banyak meninggalkan kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara sistem pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu ialah Sistem Residen, Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pelaksanaan Dasar Pecah dan Perintah.

negative landformbentuk bumi negatifGeografiTiadaBentuk atau morfologi permukaan bumi hasil daripada proses gondolan.
erosional formskesan hakisanGeografiTiadaBentuk muka bumi hasil daripada proses-proses hakisan seperti cenuram laut, kerukan dasar dan runtuhan tebing.
seismic wavegelombang seismosGeografiTiada1. Gelombang hasil daripada gegaran gempa bumi.,2. Gelombang laut hasil daripada gegaran seismik.
seismic wavegelombang seismosGeologiTiada1. Gelombang hasil daripada gegaran gempa bumi.,2. Gelombang laut hasil daripada gegaran seismik.
igneous rockbatuan igneusKimiaTiadaBatuan yang terbentuk hasil daripada penyejukan cairan silikat kompleks (magma) yang keluar dari dalam perut bumi hingga berhampiran dengan permukaan bumi atau ke permukaan bumi. Batuan ini biasanya bertekstur hablur, keras serta padu.
igneous rockbatuan igneusKejuruteraanPetroleumBatuan yang terbentuk hasil daripada penyejukan cairan silikat kompleks (magma) yang keluar dari dalam perut bumi hingga berhampiran dengan permukaan bumi atau ke permukaan bumi. Batuan ini biasanya bertekstur hablur, keras serta padu.
fankipasGeografiTiada1. Bentuk muka bumi mendapan hasil pemendapan bahan lanar atau aluvium di kaki-kaki bukit.
hydrometeorhidrometeorMeteorologiMeteorologi PerhubunganHasil pemeluwapan atau pemejalwapan wap air dalam atmosfera, baik yang terbentuk di dalam atmosfera bebs atau di permukaan bumi; juga zarah-zarah air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan bumi. Hidrometeor dikelaskan menurut pelbagai cara. Contohnya seperti yang berikut: i. Zarah cecair atau pepejal yang terbentuk dan terampai diudara: misalnya, jerebu lembp, awan, kabut, kabut ais, dan kabus; ii. kerpasancair: misalnya, gerimis dan hujan; iii. kerpasan sejuk beku: gerimis sejukbeku dan hujan sejuk beku; iv. kerpasan pepejal: gentelan ais, hujan batu, gentelan salji,dan hablur ais. v. jatuhan zarah-zarah yang meluap sebelum sampai ke tanah virga; vi. zarah air sama ada cecair atau pepejal yang terangkat oleh angin dari permukaan bumi: salji layang, salji terbang, percikan terbang; vii. umpukan air sama ada cecair atau pepejal pada objek yang terdedah; embun, rime, ibun beku, dan ais jernih.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisSainsHidrometeorologiPecutan kompok yang sedang bergerak dalam suatu sistem koordinat nisbi. Jumlah pecutan kompok ini, seperti yang diukur dalam sistem koordinat inersia, boleh dinyatakan sebagai hasil tambah pecutan sistem nisbi itu sendiri dan pecutan Coriolis. Bagi bumi yang bergerak dengan halaju sudutan kompok yang bergerak nisbi terhadap bumi terhadap bumi dengan halaju V mempunyai pecutan Coriolis 2 x V.
1234

Kembali ke atas