| grinder | pengisar | Perikanan | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengisar hasil laut dalam pemprosesan keropok, bebola ikan, bebola ketam, bebola sotong dan sebagainya. |
| seismic wave | gelombang seismos | Geografi | Tiada | 1. Gelombang hasil daripada gegaran gempa bumi.,2. Gelombang laut hasil daripada gegaran seismik. |
| seismic wave | gelombang seismos | Geologi | Tiada | 1. Gelombang hasil daripada gegaran gempa bumi.,2. Gelombang laut hasil daripada gegaran seismik. |
| buah keras laut | buah keras laut | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa di malaysia bagi pokok dan kayu Hernandia nymphaefolia daripada famili Hernandiaceae. Nama tempatanya di Semenanjung ialah baru laut. Gubal dan teras kayunya sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih atau perang buah zaitun. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 350 hingga 435 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras yang ringan dan lembut. Kayu ini sesuai untuk peraboit, pelampung jaring kayu, dan terompah. |
| marine environment | persekitaran laut | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Habitat organima yang hidup di laut dan di muara sungai. 2. Dalam pengawetan kayu, istilah ini merujuk kepada kayu yang bersentuhan dengan air laut, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, seperti kerja kayu yang dgunakan di pelabuhan, tembok laut, dan industri perkapalan. |
| marine borer | penggerek laut | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Organisma laut seperti haiwan Crustaceae dan Mollusca yang mengorek lubang kayu yng terendam di dalam air masin atau air payau. |
| bankia | bankia | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penggerek laut daripada genus mollusca yang menyerang kayu yang dugunakan di persekitaran laut seperti tiang jeti dan pangkalan. Haiwan ini menyerang dengan cara mengorek lubang dan membuat saluran dalam kayu. |
| limnoria | limnoria | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penggerek laut daripada famili Crustacea, yang merupakan perosak utama kayu-kayu yang terendam dan terapung di laut. Haiwan, yang panjangnya lebih kurang 5 mm akan mengorek berhampiran dengan permukaan kayu, iaitu bahagian yang terdedah kepada hempasan ombak, dan mengakibatkan permukaan yang mengerutu. |
| factory ship/factory vessel | kapal kilang | Perikanan | Tiada | Kapal yang digunakan untuk memproses hasil tangkapan yang ditangkap di laut. Kapal ini akan belayar ke laut dalam satu kumpulan dengan beberapa buah kapal menangkap ikan. Hasil tangkapan oleh kapal menangkap ikan akan dipindahkan ke kapal kilang untuk diproses. Kumpulan kapal ini akan berada di laut untuk jangka masa yang lama kerana hasil tangkapan boleh terus diproses di atas kapal kilang. |
| balau merah | balau merah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Shorea spp. yang berwarna merah atau merah coklat daripada famili Dipterocarpaceae. Nama di semenanjung termasuk balau laut merah, damar laut merah, dan membatu, manakala Sabah dan Sarawak pula ialah selanggan batu merah. Spesies utama balau merah ialah Shorea collina, S. kunstleri, S. guiso dan S. ochrophlioa. Gubal kayu balau jenis ini berwarna merah jambu, ungu coklat atau kelabu coklat, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah coklat tua. Tekstur kayunya halus sehingga sederhana kasar dan sekata dengan ira yang amat bersimpul. Kayu balau merah mengering dengan pelahan, dan mengalami retak permukaan dengan kadar kecutan yang agak tinggi. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu balau merah agak sukar diproses tetapi mudah dikemas siap, dan digunakan untuk kerja binaan berat, seperti tiang, rasuk, rangka pintu dan tingkat, dan dalam pembuatan perabot kegu |