Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[héu.ris.tik] | هيوريستيک

Definisi : (héuristik) membolehkan atau dapat membantu seseorang mempelajari, me­ngetahui dsb sesuatu perkara melalui peng­alaman sendiri (bkn kaedah pengajaran atau pembelajaran): dlm kaedah ~ ini pelajar dibimbing utk membuat penemuan sendiri bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dlm latihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata heuristik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heuristicheuristikKesusasteraanTiadaTeknik dalam karya sastera untuk mendapatkan maklumat. Tujuan asas kesusasteraan agung adalah untuk heuristik, iaitu kesusasteraan dicipta untuk membolehkan pembaca menemui makna hidup. Heuristik juga merujuk kepada peristiwa dalam sesebuah karya sastera yang menolong seseorang watak menemui kebenaran. Heuristik berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penemuan�.
gelintar heuristikheuristic searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar yang meneroka ruang keadaan masalah dengan menggunakan kaedah heuristik, iaitu peraturan anggaran atau nilai anggaran untuk membimbing pencarian ke arah penyelesaian yang lebih cepat dan cekap. Heuristik ini boleh berasaskan pengalaman, kelaziman atau strategi yang memperkirakan jarak, kos atau manfaat sesuatu keadaan. Contohnya, dalam masalah kesesakan lalu lintas, heuristik boleh memandu pemilihan laluan berdasarkan anggaran masa perjalanan melalui lebuh raya atau jalan alternatif.
heuristikheuristicKecerdasan BuatanPerancanganKaedah penyelesaian masalah yang digunakan dalam kecerdasan buatan dengan berdasarkan penaakulan lazim, kemahiran kognitif, pengalaman atau intuisi. Perkataan 'Heuristik' berasal daripada perkataan Greek 'Heurisco' yang bermaksud 'saya temui�. Sebagai contoh heuristik ialah teknik jiran terdekat, gelintar rakus, dan gelintar Tabu.
gelintar terbaik dahulubest-first searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar heuristik yang meneroka graf atau pepohon gelintaran dengan memilih dan mengembangkan nod yang mempunyai nilai heuristik terbaik pada setiap tahap pencarian. Pemilihan ini dibuat berdasarkan fungsi penilaian heuristik yang menganggarkan kedekatan kepada penyelesaian. Gelintar terbaik dahulu berterusan sehingga mencapai penyelesaian optimum bagi masalah tersebut.
heuristic methodkaedah heuristikBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik yang direka bentuk untuk menyelesaikan masalah dengan pantas berbanding dengan teknik klasik yang sangat perlahan. Kaedah heuristik juga boleh digunakan untuk mencari penyelesaian yang optimum apabila teknik klasik gagal untuk mencari penyelesaian yang tepat. Penyelesaian optimum ini boleh dicapai dengan mengabaikan aspek kesempurnaan, ketepatan atau kejituan dalam kelajuan.
metaheuristikmetaheuristicKecerdasan BuatanPerancanganKaedah penyelesaian masalah kompleks yang menggabungkan pelbagai heuristik untuk memandu pencarian dan mengubahsuai heuristik terbabit bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dan hampir optimum. Aktiviti utama metaheuristik termasuk mencipta populasi awal, menghitung nilai ketegapan calon, menjana calon penyelesaian baharu secara meneroka dan mengeksploitasi operator metaheuristik. Kaedah ini tidak menjamin penyelesaian optimum tetapi berusaha mencapai penyelesaian yang memuaskan dalam masa yang munasabah. Sebagai contoh alkhwarizmi metaheuristik ialah, akhwarizmi genetik, alkhwarizmi kelawar, dan pengoptimuman kerumunan zarah (PSO).
heuristicheuristikMatematikTiadaTiada
heuristicheuristikPentadbiranTiadaTiada
heuristicheuristikPerubatanTiadaMengarah atau menggalakkan penyiasatan atau kajian untuk membuat sesuatu penemuan.
heuristicheuristikKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas