| stringer | ibu tangga | Kesenian | Hiasan Dalaman | Komponen penting tangga bagi menyokong anak tangga. Ibu tangga biasanya diperbuat daripada kayu, konkrit, dan logam. |
| stringer | ibu tangga | Landskap | Tiada | Kayu pada bahagian atas tangga yang menghubungkan tangga dengan lantai rumah. |
| anak papan gulung | anak papan gulung | Kesenian | Tiada | Bahagian papan gulung yang terdiri daripada sepasang kayu bulat yang mengapit sisi kiri dan sisi kanan ibu papan gulung untuk menggulung benang lungsin. |
| Cinnamomum iners | medang teja | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok kecil dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai medang kemangi dan kayu manis hutan. Medang teja tumbuh di hutan primer dan sekunder di kawasan tanah pamah hingga bukit. Tumbuhan ini jenis beraroma. Daunnya jenis ringkas, tersusun bertentangan dan mempunyai tiga urat utama yang selari. Jambak bunga keluar dari hujung ranting atau ketiak daun. Buahnya memanjang seperti bujur telur. Air rebusan diminum oleh ibu selepas bersalin, dan untuk merawat demam panas. Daun yang dilumatkan dan disapukan boleh menghilangkan kesan racun sumpitan dan sakit sendi. Kulitnya dikunyah untuk merawat sakit perut dan sembelit. Minyak patinya diekstrak untuk dijadikan perisa gula-gula, kuih dan manisan. Kulit batangnya digunakan untuk menghasilkan ubat nyamuk, colok wangi, gam, cat dan gelas gentian. |
| geduk | geduk | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Geduk ialah dram berbentuk tong pendek. Geduk mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan pelekat dan pancang kayu. Geduk diletakkan secara menegak dengan menggunakan dua batang kayu dan dipukul dengan sepasang kayu kecil. Geduk terdapat dalam dua saiz, iaitu geduk anak yang bersaiz kecil dan geduk ibu bersaiz besar. Geduk dimainkan dalam ensembel wayang kulit Kelantan bagi mengiringi muzik perang dan pergerakan watak kasar. Di utara Semenanjung Malaysia, geduk dimainkan dalam ensembel wayang gedek dan menora. Alat muzik ini dikenali sebagai klong di Thailand dan skor thomm di Kemboj |
| pi | pi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan dua rid yang berganda. Alat muzik ini diperbuat daripada tiub kayu yang berbentuk cembung pada bahagian tengah. Pi mempunyai enam lubang jari dan satu lubang untuk ibu jari pada bahagian belakang. Empat lapisan rid dipasang pada tiub di bahagian pangkalnya. Kesemua rid tersebut dimasukkan ke dalam mulut pemain dan udara ditiup secara berterusan atau berputaran untuk menghasilkan baris melodi yang berterusan. Alat muzik yang berasal dari Thailand ini terdapat dalam tiga saiz, iaitu panjang, pendek dan sede |
| gedumbak | gedumbak | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gedumbak ialah dram berbentuk piala. Dram ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Alat muzik ini ditiunkan dengan menggunakan baji kayu kecil yang akan menegangkan tali rotan tersebut. Gedumbak dipukul dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka atau menutup bahagian hujung dram tersebut. Gedumbak terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz kecil dikenali sebagai gedumbak anak dan saiz besar dikenali sebagai gedumbak ibu. Kedua-dua gedumbak ini dimainkan secara bertingkah-tingkah dalam ensembel wayang kulit Kelantan, wayang gedek dan menora. |