Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.dén.ti.ti] | ايدينتيتي

Definisi : (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yg terdapat pd seseorang atau sesuatu yg sbg suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya drpd yg lain: kalau asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka, maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; ideologi demikian memperlihatkan satu imej dan ~ negara yg baru; beridentiti mempunyai identiti, ada identitinya; beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: suatu ideologi yg ~ diri kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.dén.ti.ti] | ايدينتيتي

Definisi : /idéntiti/ 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yg dpt menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yg tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yg dpt melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yg lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia. beridentiti mempunyai identiti; ada identitinya: Usaha ke arah satu masyarakat yg ~ Malaysia. beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: Satu ideologi yg ~ diri kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
identiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jati diri, keperibadian, sahsiah, keindividuan, keunikan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
identity crisiskrisis identitiSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut.
identity theftpencurian identitiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAktiviti menyalahgunakan maklumat pengenalan atau identiti individu lain untuk tujuan menjalankan suatu komunikasi atau transaksi. Maklumat pengenalan oleh diperoleh secara sah atau tidak sah. Aktiviti ini dilakukan tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik identiti tersebut.
identityidentiti; kepercaman; keperibadian; pengenalanPerubatanTiadaIdentiti: Sekumpulan ciri pada individu, yang melaluinya individu tersebut dapat dikenal sama ada oleh orang lain atau dirinya sendiri.
identity shiftubah identitiPsikologiTiadaPerubahan identiti seseorang sebagai tindak balas kepada perkembangan personaliti, pengaruh sosial, atau perubahan keadaan.
identity shiftubah identitiUmumTiadaPerubahan identiti seseorang sebagai tindak balas kepada perkembangan personaliti, pengaruh sosial, atau perubahan keadaan.
additive identityidentiti (terhadap), penambahanMatematikTiadaSatu unsur identiti dalam operasi tambahan.
dissociative identitykecelaruan identiti disosiatifPsikologiPsikologi UmumKecelaruan disosiatif yang menyebabkan individu memperlihatkan lebih daripada satu personaliti yang berbeza tetapi lengkap. Menurut DSM-IV Codes 300.14, pesakit yang mengalami kecelaruan ini akan mempunyai dua personaliti yang berbeza. Proses diagnosis memerlukan sekurang-kurangnya dua personaliti yang jelas mengawal pesakit secara rutin. Setiap personaliti mempunyai nama, ingatan, trait dan fizikalnya tersendiri. Pesakit ini biasanya akan mengaku mempunyai lebih daripada satu identiti. Kecelaruan identiti disosiatif juga dikenali sebagai kecelaruan personaliti pelbagai.
identity theftkecurian identitiKriminologiKeadilan JenayahTindakan menggunakan nama orang lain dan maklumat peribadi orang tersebut secara sengaja tanpa kebenaran pemilik identiti tersebut untuk mendapatkan faedah peribadi. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada secara dalam atau luar talian. Contohnya, seseorang individu yang menggunakan maklumat kad kredit orang lain untuk tujuan pembelian barangan dalam talian.
authentication toolalat pengesahanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari.
user authenticationpengesahan penggunaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyahihan identiti pengguna dalam sesebuah sistem komputer dengan membekalkan identiti umum pengguna dan maklumat pengesahan sebagai syarat awal sebelum membenarkan capaian ke sebuah komputer atau penggunaan sumber dalam komputer berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas