| thirty-sheet poster | poster tiga puluh helaian | Komunikasi | Korporat | Iklan jalanan yang berukuran 12 kaki tinggi dan 25 kaki lebar. Iklan ini dicetak di atas kertas dalam ukuran tertentu yang dicantum mengikut susunan visual dan cetakan asal untuk menjadi iklan besar. Jumlah kesemua helaian kertas tersebut adalah sebanyak 30. Iklan bersaiz besar ini penting untuk disesuaikan dengan keadaan landskap, saiz lebuh raya, dan isi padu lalu lintas. Iklan ini juga dapat memudahkan pemasangan iklan jalanan, khususnya di lokasi yang sukar dihubungkan dengan jentera berat. Selain itu, kaedah iklan ini juga dapat mempelbagaikan kreativiti dalam reka bentuk iklan. Iklan bersaiz besar boleh memberikan ruang kepada aplikasi pemasaran maklumat secara elektronik dan juga memudahkan aplikasi pencahayaan kreatif. |
| tear sheet | keratan iklan | Komunikasi | Korporat | Petak iklan yang terdapat pada ruang akhbar, majalah, atau bahan bercetak lain yang boleh dipotong atau dipisahkan. Keratan ini biasanya terdapat pada katalog barangan di pasar raya, majalah wanita untuk barangan kesihatan, dan pada terbitan khas sesuatu barangan makanan segera. Iklan dalam bentuk ini pada kebiasaannya berfungsi untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan atau mendapatkan potongan harga. Dengan menunjukkan keratan iklan ini kepada wakil penjual, pelanggan akan mendapat potongan harga bagi barang yang diiklankan dalam terbitan berkenaan. |
| outdoor advertising plan | binaan iklan luaran | Komunikasi | Korporat | Struktur fizikal yang merupakan kerangka untuk pemasangan poster iklan luaran. Bahan binaan struktur ini boleh terdiri daripada logam, konkrit atau kayu. Bentuk pembinaan struktur bergantung pada jenis peragaan, iaitu tetap atau sementara. Bagi peragaan yang bersifat tetap atau kekal, struktur yang dibina biasanya menggunakan bahan logam dan konkrit yang lebih kukuh, kompleks, dan canggih. Struktur fizikal iklan luaran yang bersifat kekal sering dibina di sepanjang lebuh raya atau lokasi yang strategik. Bagi peragaan yang bersifat sementara pula, bahan yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu yang ringan. Bentuk strukturnya pula ringkas, mudah digerakkan atau dipindahkan bergantung pada tempoh masa sesuatu acara atau majlis berlangsung. |
| traffic count | kiraan lalu lintas | Komunikasi | Korporat | Kaedah yang digunakan secara sejagat untuk mengira kekerapan lalu lintas di jalan raya dalam sesuatu tempoh unit masa. Dalam komunikasi korporat, kaedah ini digunakan untuk mengesan dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak yang menggunakan sesuatu laluan dalam tempoh tertentu. Lebih kerap kawasan tersebut dilalui oleh khalayak berkenderaan atau pengguna lain, maka lebih tinggi dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak sasaran. Kaedah ini juga dilakukan untuk menentukan nilai sewaan papan iklan jalanan berkenaan. Pengiraan kekerapan dedahan lalu lintas terhadap sesuatu lokasi iklan juga berfungsi untuk menentukan jenis khalayak yang menggunakan kawasan tersebut untuk disesuaikan dengan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Hasil pengiraan itu digunakan untuk membantu pihak perancang pengiklanan mengenal pasti dan membuat pilihan lokasi yang boleh memuaskan keperluan pelanggan. Untuk memastikan kesahan penggunaan kaedah ini, beberapa aspek sosiobudaya di sekitar kawasan lalu lintas yang ditentuka |
| concept testing | pengujian konsep | Komunikasi | Korporat | Kaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat |
| overbanner | tajuk gadang | Komunikasi | Korporat | Penulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar.. |
| syndicated mailing | kiriman gugusan | Komunikasi | Korporat | Kaedah mengedarkan iklan yang dibuat oleh agensi yang bertanggungjawab melalui pos berdasarkan senarai sekumpulan penerima yang disediakan oleh syarikat. Nama yang disenaraikan terdiri daripada mereka yang berkepentingan kepada syarikat atau organisasi. Senarai nama ini biasanya diperoleh melalui borang keahlian organisasi atau syarikat yang diberikan oleh para pelanggan. Syarikat dan organisasi perlu mengekalkan hubungan bagi memastikan sokongan pelanggan yang berterusan. Sokongan ini boleh dalam bentuk pembelian barangan, penggunaan perkhidmatan dan peningkatan citra. Contohnya, amalan pengedaran iklan yang dilalukan oleh pasar raya besar. |