| castle | istana | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bangunan kediaman kursus untuk sultan, raja dan bangsawan. Di alam Melayu, istana mempunyai ciri khusus seperti Balai Penghadapan dan Singgahsana yang membezakannya dengan kediaman rakyat jelata. Alat-alat kebesaran diraja biasanya disimpan di istana. Istana merupakan pusat pemerintahan dan politik selain menjadi pusat penyebaran agama, ilmu pengetahuan, pengembangan seni dan budaya. |
| hypsometry | hipsometri | Sains Marin | Tiada | Ilmu pengukuran ketinggian dan kedalaman yang berkaitan dengan daratan dan aras laut. Alat yang digunakan untuk menganggarkan ketinggian tersebut dikenali sebagai hipsometer. |
| microfluidics | mikrobendalir (ilmu) | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair. |
| codex | kodeks | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks. |