| logic | logik | Kesusasteraan | Tiada | Sains yang membuat pengkajian tentang prinsip-prinsip yang mengawal pentaakulan, ilmu mantik. |
| ferromagneticsi | feromagnet | Fizik | Moden | Ilmu yang mengkaji storan maklumat dedua dan kawalan logik jujukan denyut melalui penggunaan sifat pengutuban magnet bahan. |
| declarative knowledge | pengetahuan deklaratif | Psikologi | Psikologi Umum | Ilmu yang bersifat fakta seperti pengetahuan umum tentang dunia dan undang-undang atau peraturan logik yang digunakan untuk membuat keputusan. Pengetahuan ini juga berkait dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa, tempat dan situasi tertentu. Contohnya, pengetahuan tentang tatacara berada dalam perpustakaan. |
| armchair theory | teori kerusi empuk | Sains Politik | Politik Perbandingan | Teori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik. |
| hermeticism | hermetisisme | Kesusasteraan | Tiada | Puisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif |