inching | perincian | Teknik | Elektrik | Satu cara pengawalan motor elektrik yang membolehkan motor tersebut bergerak perlahan ke hadapan inci demi inci, seperti mesin pencetak. |
diskette | disket | Komputer | Tiada | 2. Peranti ingatan berbentuk cakera yang dibuat daripada tipisan bahan yang bersalut magnet. Cakera liut biasanya terdapat dalam tiga saiz, yang bergaris pusat 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci. |
microfiche | mikrofis | Pendidikan | Tiada | Helaian filem fotopeka kira-kira empat inci kali enam inci yang di atasnya dirakamkan imej output komputer. |
card | kad | Perpustakaan | Tiada | Kad segi empat tepat yang berukuran 5 inci x 3 inci atau 1 2.5 cm x 7.5 cm yang mempunyai permukaan yang sesuai untuk tulisan atau taipan yang digunakan untuk entri di dalam katalog atau rekod yang lain. |
atlas folio | folio atlas | Perpustakaan | Tiada | Buku atau naskhah yang mempunyai ukuran paling besar iaitu 25 inci x 16 inci. |
bone folder | tulang pelipat | Perpustakaan | Tiada | Sekeping tulang yang leper bentuknya, kira-kira enam hingga lapan inci panjang dan satu inci lebar, dengan bersudut bulat dan tubir yang digunakan untuk melipat kertas dan untuk membaik pulih buku. |
P. panetiere | panetiere | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tempat penyimpanan roti yang diperbuat daripada kayu berukir bersaiz 35 inci lebar dan 38 inci tinggi yang direka bentuk dengan corak daun dan bunga-bungaan. Biasanya digantung atau diletakkan di atas meja makan atau di ruang makan tetamu. |
inlay wax | lilin inlai | Pergigian | Tiada | Lilin yang keras, berwarna biru atau gelap dan berbentuk batang sepanjang 3 inci atau 4 inci. Lilin inlai boleh didapati dalam dua jenis. Jenis yang pertama untuk pembuatan inlai secara kaedah langsung iaitu terus pada gigi pesakit. Manakala, jenis yang kedua pula digunakan di makmal bagi kaedah tak langsung untuk pembuatan inlai, korona dan bentuk-bentuk tuangan. |
digitizing tablet | tablet pendigitan | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti grafik berbantukan komputer berbentuk papan empat segi yang kebiasaannya bersaiz 12x12 inci atau 12x8 inci. Peranti yang disambungkan ke komputer digunakan untuk melakar imej baru ataupun menyurih imej lama. Lakaran atau surihan imej dibuat menggunakan pen stilus atau alat penuding berkursor pada permukaan tablet. Kedudukan kursor atau pen akan dikesan oleh tablet. Kemudian maklumat ini diproses oleh komputer dan seterusnya ditunjukkan pada skrin monitor. Contohnya peranti ini sering digunakan oleh jurutera atau arkitek untuk melakar pelan. |