| indecent behaviour | tingkah laku jelik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku yang jelik dan tidak senonoh yang bertentangan dengan moral umum. Contohnya, berbogel di khalayak ramai atau di tempat awam. |
| evil | jelik | Pendidikan | Tiada | Sesuatu yang tidak sesuai atau berlawanan dengan kecen-derungan semula jadi. |
| ontological evil | jelik ontologi | Tiada | Tiada | Kekurangan sesuatu kebaikan dari sudut ontologi |
| moral evil | jelik moral | Pendidikan | Tiada | Kekurangan hubungan yang betul antara suatu tindakan dengan hukum moral. |
| indecent exposure | pendedahan jelik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan seseorang yang mendedahkan tubuh badannya terutamanya organ seksualnya kepada orang lain. |
| indecency | kejelikan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sesuatu keadaan atau perlakuan yang jelik dan tidak senonoh yang bertentangan dengan moral awam. Contohnya, seseorang yang menyiarkan iklan khidmat pelacuran. |
| obscenity | kelucahan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau kata-kata yang bersifat jelik, jijik dan seksual yang merosakkan atau bertentangan dengan moral awam termasuk bahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio. |
| obscene material | bahan lucah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang bersifat jelik, jijik dan seksual yang merosakkan atau bertentangan dengan moral awam. |