| pingpong diplomacy | diplomasi pingpong | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Diplomasi yang wujud sempena pertandingan pingpong pada tahun 1971 di Tokyo. Semasa pertandingan tersebut, perwakilan China menjemput pasukan Amerika Syarikat untuk melawat China. Pasukan Amerika menerima jemputan tersebut dan pergi ke China. Jemputan perwakilan China ini dianggap sebagai satu petanda bahawa Beijing ingin menjalinkan semula perhubungan dengan Amerika Syarikat. Henry Kissinger pergi ke China pada tahun yang sama dan diikuti Presiden Nixon pada tahun 1972. Oleh itu, jemputan lawatan oleh perwakilan China semasa pertandingan pingpong dianggap sebagai alat petunjuk yang penting dalam diplomasi. |
| invitee | para jemputan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Seseorang yang datang ke sesuatu tempat sama ada dijemput secara eksplisit atau implisit. Contoh: orang yang datang untuk membeli-belah di pasar raya. |
| reception committee | jawatankuasa jemputan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| reception committee | jawatankuasa jemputan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| VVIP (very very important person) | tetamu kehormat utama | Umum | Tiada | Orang jemputan yang terdiri daripada golongan amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya. |
| letter of decline | surat tolak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Surat untuk menolak undangan atau jemputan. |
| curriculum enrichment | pengayaan kurikulum | Pendidikan | Tiada | Mempertingkat program pengajian dengan memilih atau mengadakan aktiviti terpilih seperti lawatan, penceramah jemputan, alat bantu mengajar serta bahan lain yang sesuai. |
| peacock chair | kerusi merak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerusi daripada anyaman rotan bermutu tinggi yang mempunyai tempat bersandar yang lebar, tinggi dan dihias secara berlebih-lebihan. Kerusi ini sesuai digunakan sebagai kerusi untuk tetamu jemputan dan menjadi daya tarikan atau tumpuan dalam sesuatu majlis. |
| resolusi saling rujuk | coreference resolution | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Teknik penting dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) untuk mengenal pasti entiti dan mengaitkan semua ungkapan dalam teks yang merujuk kepada identiti yang sama, sama ada orang, objek atau konsep. Sebagai contoh, dalam teks �Perdana Menteri merasmikan kampus universiti. Beliau hadir bersama Canselor dan jemputan pada jam 2 petang. Yang Amat Berhormat juga telah berjumpa dengan pelajar cemerlang secara tertutup�, teknik ini akan menentukan bahawa ungkapan �beliau� dan �Yang Amat Berhormat� merujuk kepada entiti yang sama, iaitu Perdana Menteri, dan seterusnya menghubungkan ungkapan tersebut sebagai satu rantaian rujukan. |
| webcast | siar web | Teknologi Maklumat | Tiada | Penggunaan Internet untuk penghantaran audio atau video secara langsung atau tertunda kepada beberapa pengguna Internet serentak. Pengguna perlu mempunyai aplikasi multimedia tertentu untuk membolehkan mereka melihat siaran web seperti RealPlayer. Contohnya, sebuah universiti yang menawarkan kursus dalam talian membolehkan pengajar menyiarkan syarahannya yang berasaskan web secara langsung atau prarakam, atau sesebuah syarikat boleh menyiarkan pengumuman sidang akhbarnya berasaskan web sebagai tambahan kepada jemputan biasa ke sidang itu. 2. Penggunaan teknologi tolak untuk menghantar maklumat berasaskan web kepada pengguna Internet. Lihat juga teknologi tolak |