| modulus of elasticity | modulus kekenyalan | Fizik | Akustik | Nisbah antara tegasan dengan keterikan dalam jumat kekenyalan suatu bahan. |
| Phyllantus pulcher | naga buana | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai naga jumat, kelurut tanjung dan semelit patung. Tumbuhan ini jenis renek. Daunnya berbentuk serong, tangkai daunnya sangat pendek dan mempunyai stipul. Bunganya jenis tunggal berwarna merah. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan separa terlindung. Keseluruhan tumbuhan digunakan sebagai tuaman untuk merawat ulser hidung, bisul, bengkak bernanah, gatal, demam dan masalah ginjal pada kanak-kanak. Air rebusan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati sakit perut dan darah tinggi. Daun segar yang telah dilumatkan ditampal pada gusi untuk merawat sakit gigi. |