| falsification of accounts | palsu akaun | Pentadbiran | Tiada | atatan palsu dalam akaun syarikat oleh kakitangannya bertujuan untuk menutup kecurian barangan atau wang dalam syarikat. |
| managerial skills | kemahiran pengurusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bentuk kecekapan yang diperlukan oleh organisasi terhadap kakitangannya bagi menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sesuai dengan kelayakan akademik atau pengalaman yang dimiliki. Biasanya, kecekapan pengurusan bukan sahaja dilihat dalam kalangan kakitangan bawahan tetapi juga kaedah atau cara pihak pengurusan atasan mentadbir dan mengurus sebuah organisasi. Kecekapan mengurus biasanya dinilai dalam tiga aspek yang utama iaitu kecekapan berfikir, kecekapan melaksanakan dan menyempurnakan tugas dan kecekapan memberikan input atau idea yang baru dalam sesuatu tugas. |
| fidelity fund | dana fideliti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana yang perlu diadakan oleh firma broker untuk melindungi daripada ketidakjujuran kakitangannya termasuk penipuan dagangan dan sebagainya. |
| group permanent health insurance | insurans kumpulan kesihatan kekal | insurans | Tiada | Skim insurans kumpulan yang disediakan sama ada oleh majikan terhadap kakitangannya atau rakan kongsi sesebuah organisasi. Polisi ini memperuntukkan pendapatan jika seseorang itu tidak boleh bekerja akibat kemalangan atau penyakit. Polisi ini juga memberi perlindungan sepanjang tempoh seseorang bekerja tanpa mengambil kira kekerapan tuntutan dan tempoh penyakit atau kemalangan yang dialaminya. |
| line organisation | organisasi garisan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Entiti yang bersaiz kecil dan bilangan kakitangannya tidak ramai. Hubungan kerja antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja biasa dalam organisasi ini adalah bersifat langsung. Objektif, tingkat pengkhususan dan peralatan yang diperlukan adalah pada tahap sederhana. |
| line and staff organisation | organisasi garisan dan kakitangan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Entiti yang bersaiz besar dan kompleks serta bilangan kakitangannya ramai. Keadaan ini menyebabkan hubungan kerja tidak lagi wujud secara langsung sebaliknya bersifat hierarki. Dua kelompok besar dalam hubungan kerja ini ialah pihak atasan dan kakitangan garisan. Pihak atasan berperanan sebagai penasihat dan perancang dasar dan dikenali juga sebagai kakitangan pengurusan. Manakala kelompok kakitangan garisan pula terlibat dalam tugas untuk melaksanakan dasar organisasi. |
| general agent | ejen am | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang dilantik oleh syarikat insurans hayat atau kesihatan untuk mentadbir perniagaan insurans berkenaan di kawasan tertentu. Ejen ini biasanya diberi tanggungjawab untuk melatih kakitangannya sendiri. Ejen ini dibayar komisen dan elaun. |
| ambassador | duta | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | U tusan rasmi yang mewakili sesebuah negara atau sesebuah organisasi antarabangsa yang berdaulat. Duta ditauliahkan sebagai wakil sesebuah negara dengan tugas diplomatik. Lazimnya, seseorang duta serta kakitangannya ditempatkan di pejabat kedutaan di ibu kota sesebuah negara dan dikurniakan dengan kekebalan diplomatik. Dalam kalangan negara-negara komanwel, pegawai diplomatik kanan dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. |
| hierarchy; | hierarki | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Istilah hierarki pada asalnya digunakan untuk menghuraikan sistem pentadbiran gereja oleh paderi untuk pengikutnya mengikut susunan masing-masing. Kini, penggunaan istilah hierarki meliputi sebarang organisasi yang menyusun atur anggota atau kakitangannya menurut susunan kedudukan, gred atau kelas. Dari sudut teoritikal, hierarki merupakan salah satu sistem stratafikasi. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, stratafikasi adalah berasaskan kepada kedudukan kuasa dan status. Penggunaan dimensi kuasa dan status sebagai dua pemboleh ubah bebas, memungkinkan terjadinya hierarki antara negara dengan negara. Keadaan ini berlaku kesan agihan kuasa dan status yang tidak setara. Bentuk hierarki dalam hubungan antarabangsa tetap berkekalan biarpun berlaku perubahan dalam analisis politik yang memasukkan campur tangan aktor pemerintah dengan aktor bukan pemerintah. Mutakhir ini, kelompok aliran neorealis, umpamanya Waltz (1979) cuba menyanggahi gagasan hierarki ini dengan mengemukakan konsep anarki. Menurut pandangan in |
| leadership | kepimpinan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu, kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan. Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan. Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan. |