| debutante | gadis awal kenal | Sejarah | Tiada | Gadis yang diperkenalkan untuk pertama kalinya di istana raja khususnya di Britain atau di kalangan orang-orang yang terkemuka. |
| Seyfert galaxy | galaksi Seyfert | Matematik | Tiada | Galaksi yang mempunyai nukleus yang sangat cerah yang diperihalkan buat pertama kalinya oleh Care Syefert pada tahun 1943. |
| Bode's law | hukum Bode | Matematik | Tiada | Pernyataan tentang hubungan antara jarak min planet dari matahari yang diterbitkan buat pertama kalinya oleh ahli falak Jerman, Bode, pada tahun 1722. |
| Cromelin comet | komet Cromelin | Matematik | Tiada | Komet yang tidak jelas kelihatan yang mempunyai kala 27.7 tahun dan dicerapi buat pertama kalinya pada tahun 1818. |
| takaful act | akta takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akta yang memperuntukkan peraturan dalam perniagaan takaful. Akta ini dikanunkan di Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 1984. Tujuan akta ini diwartakan adalah untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menyusun dan menyelia syarikat pengendali takaful supaya mematuhi prinsip syariah dan undang-undang negara. Pada dasarnya, akta tersebut mengandungi 68 seksyen di bawah empat bahagian utama, iaitu: i. Persediaan. ii. Pengendalian Perniagaan Takaful. iii. Pulangan, Penyiasatan, Penutupan dan Pemindahan Perniagaan. iv. Pelbagai dan Am. Kesemua syarikat pengendali takaful di Malaysia tertakluk kepada Akta Takaful 1984. |
| Stephan's Quintet | Panca Stephan | Matematik | Tiada | Kumpulan lima galaksi yang terdapat di dalam buruj Pegasus. Empat daripadanya yang paling terang telah dikesan buat pertama kalinya oleh M.E. Stephan pada tahun 1877. |
| magnetic storage | storan magnet | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah penyimpanan data menggunakan bahan magnet dengan memberikan corak pemagnetan berbeza atas lapisan permukaan bahan tersebut. Corak ini dikaitkan dengan isyarat digital. Idea penstoran magnet pertama kalinya telah dikemukakan oleh Oberlin Smith dalam tahun 1888 dan perakam magnet pertama telah dicipta oleh Valdemar Poulsen dalam tahun 1898. Storan magnet yang moden menggunakan bahan butiran nanomagnet sehingga dapat menyimpan data yang sangat besar. Contohnya, cakera keras berketumpatan tinggi. |
| profit and loss sharing system (PLS system) | sistem perkongsian untung rugi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem yang membolehkan penyimpan mendepositkan dananya berdasarkan prinsip PLS dan bank menyediakan pembiayaan berdasarkan mod yang dibenarkan seperti musyarakah, mudarabah, margin, sewaan, sewa jual dan perkongsian sewa. Sistem ini buat pertama kalinya telah dicadangkan oleh panel ahli ekonomi dan perbankan dan dipersetujui oleh Majlis Ideologi Islam Pakistan pada 1980. Sinonim sistem PLS. |
| Abbevillian culture | budaya Abbeville | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Budaya zaman prasejarah yang berkembang di Eropah semasa zaman Paleolitik sekitar 500 000 tahun dahulu. Nama budaya ini diambil daripada nama tempat Abbeville, di utara Perancis setelah ditemui pelbagai jenis alatan batu yang berbentuk kasar. Pada tahap awal, budaya ini dikenali dengan nama Chellean berdasarkan jenis alatan batu yang hampir sama dengan Abbeville yang ditemui buat pertama kalinya. Budaya Abbeville dikenali melalui alatan batu seperti kapak genggam kerana alat ini lebih menonjol berbanding alatan lain. |
| romanticism | romantisisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be |