Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cer.da.san] | کچردسن

Definisi : kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cer.da.san] | کچردسن

Definisi : hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecerdasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kecerdasanintelligenceKecerdasan BuatanEtika dan FalsafahKeupayaan dalam konteks sistem AI yang diwujudkan melalui alkhwarizmi dan model pengkomputeran yang membolehkan mesin melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia dengan meniru fungsi kognitif manusia, alam tabii dan hidupan, termasuk pembelajaran, penaakulan, penyelesaian masalah, persepsi, pemahaman bahasa serta pembuatan keputusan.
artificial intelligencekecerdasan buatanTeknologi MaklumatTiadaSatu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov.
intelligent Computer Assisted Instruction (intelligent CAI)kecerdasan Pengajaran Berbantu Komputer (kecerdasan CAI)PendidikanTiada

 Pengajaran berbantu komputer pintar dengan perisian logik berasaskan prinsip kecerdasan buatan.

kecerdasan buatanartificial intelligenceKecerdasan BuatanEtika dan FalsafahBidang ilmu berkaitan dengan pembangunan sistem komputer atau mesin yang meniru kecerdasan manusia dan hukum alam dalam menyelesaikan pelbagai tugas. Hukum alam merujuk kepada hukum fizik seperti graviti, elektromagnetik dan termodinamik serta prinsip-prinsip biologi seperti genetik, neural dan teori evolusi. Sistem komputer atau mesin ini berupaya melaksanakan tugasan seperti pembelajaran, penglihatan, pemahaman dan penaakulan serta menyuai kelakuan dengan menganalisis persekitaran sistem. Prinsip dan teknik yang digunakan dalam AI melibatkan pelbagai disiplin seperti matematik, statistik, sains komputer, linguistik dan disiplin lain yang berkaitan untuk membangunkan model atau alkhwarizmi bagi tujuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan, merancang dan belajar. Sub-bidang utama AI adalah Etika dan Falsafah, Taakulan, Perancangan, Pembelajaran, Komunikasi, Persepsi, Penyepaduan dan Interaksi, dan Perkhidmatan. Lihat juga sistem AI.
aptitude testujian kebolehan/ujian kecerdasanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan pemeriksaan untuk mengesan dan mengenal pasti tahap keupayaan dan kebijaksanaan individu. Antara kandungan ujian yang biasa diberi tumpuan ialah menguji tahap kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ), tahap kekuatan jiwa, kebolehan menangani konflik, kesihatan dan jati diri. Ujian kebolehan merupakan kaedah khas yang dilakukan dalam pengambilan kakitangan baru sesebuah organisasi. Ujian ini juga diamalkan sebagai langkah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan bagi meningkatkan tahap keyakinan. Walau bagaimanapun, tidak semua organisasi melaksanakan ujian kebolehan atau kecerdasan.

kecerdasan terimbuhaugmented intelligenceKecerdasan BuatanEtika dan FalsafahProses kerjasama yang menggabungkan manusia dan sistem AI untuk meningkatkan prestasi kognitif, atau kecerdasan manusia, termasuklah pembuatan keputusan, pembelajaran dan pengayaan pengalaman baharu.
AI kukuhstrong AIKecerdasan BuatanEtika dan FalsafahKonsep dalam kecerdasan buatan tentang sistem yang mempunyai kecerdasan umum buatan (AGI) seperti kebolehan mental berfikir, kesedaran tingkah laku dan berfungsi seumpama otak manusia yang sempurna. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2025 konsep ini masih di peringkat falsafah dan teori. Banding AI lemah.
deviation inteligent quotientsisihan darjah kecerdasanPsikologiPsikologi UmumSkor piawai yang digunakan untuk membezakan kecerdasan individu daripada yang lain. Ukuran ini membandingkan keupayaan intelek mengikut umur mental dengan umur kronologinya. Contohnya, ujian kecerdasan yang diukur menggunakan skala semakan Stanford-Binet. Sinonim deviasi IQ.
swarm intelligencekecerdasan kawananSTEMTiadaPendekatan kecerdasan kolektif yang diinspirasikan oleh tingkah laku sosial koloni serangga (semut, lebah) dengan pelbagai agen yang berinteraksi dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang kompleks atau mengoptimumkan tugas.
adaptive intelligencekecerdasan mudah suaiSTEMTiadaKebolehan sistem kecerdasan buatan untuk belajar dan menyesuaikan keupayaannya terhadap perubahan persekitaran atau situasi dari semasa ke semasa.
12345678910...

Kembali ke atas