| artificial intelligence | kecerdasan buatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov. |
| artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan (AI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Subbidang Sains Komputer yang berkait rapat dengan pentaakulan simbolik dan penyelesaian masalah. Kebanyakan pakar mengaitkan kecerdasan buatan dengan dua idea asas, iaitu kajian proses pemikiran manusia dan perwakilan kesemua proses tersebut melalui mesin seperti komputer dan robot. Oleh itu, kesemua perilaku manusia serta sesuatu yang boleh dilakukan oleh mesin dianggap cerdas. Aplikasi kecerdasan buatan digunakan dalam pelbagai peranti cerdas seperti dalam bidang keselamatan, perubatan, perbankan dan permotoran. |
| emotion artificial intelligence | kecerdasan buatan emosi | STEM | Tiada | Teknologi kecerdasan buatan yang direka untuk mengenali, memahami dan bertindak balas terhadap emosi manusia. |
| generative artificial intelligence (GenAI) | kecerdasan buatan generatif | STEM | Tiada | Teknologi kecerdasan buatan yang mampu mencipta data, kandungan baharu seperti gambar, audio dan teks berdasarkan corak dan contoh yang telah dipelajari daripada data sedia ada. |
| heuristik | heuristic | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Kaedah penyelesaian masalah yang digunakan dalam kecerdasan buatan dengan berdasarkan penaakulan lazim, kemahiran kognitif, pengalaman atau intuisi. Perkataan 'Heuristik' berasal daripada perkataan Greek 'Heurisco' yang bermaksud 'saya temui�. Sebagai contoh heuristik ialah teknik jiran terdekat, gelintar rakus, dan gelintar Tabu. |
| chatbot | bot sembang | Kecerdasan Buatan | Tiada | Program perisian yang menggunakan kaedah kecerdasan buatan untuk berinteraksi dengan pengguna melalui mesej atau perbualan automatik. |
| AI lemah | weak AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Konsep dalam kecerdasan buatan tentang sistem yang dibangun untuk melaksanakan tugas tertentu tanpa mempunyai kesedaran tingkah laku atau kefahaman. AI lemah hanya meniru aspek tertentu pemikiran atau tindakan manusia dan terhad kepada satu atau beberapa fungsi khusus. Contohnya, aplikasi pengecaman nombor pendaftaran kenderaan. Banding AI kukuh. Sinonim AI terhad. |
| kecerdasan buatan | artificial intelligence | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Bidang ilmu berkaitan dengan pembangunan sistem komputer atau mesin yang meniru kecerdasan manusia dan hukum alam dalam menyelesaikan pelbagai tugas. Hukum alam merujuk kepada hukum fizik seperti graviti, elektromagnetik dan termodinamik serta prinsip-prinsip biologi seperti genetik, neural dan teori evolusi. Sistem komputer atau mesin ini berupaya melaksanakan tugasan seperti pembelajaran, penglihatan, pemahaman dan penaakulan serta menyuai kelakuan dengan menganalisis persekitaran sistem. Prinsip dan teknik yang digunakan dalam AI melibatkan pelbagai disiplin seperti matematik, statistik, sains komputer, linguistik dan disiplin lain yang berkaitan untuk membangunkan model atau alkhwarizmi bagi tujuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan, merancang dan belajar. Sub-bidang utama AI adalah Etika dan Falsafah, Taakulan, Perancangan, Pembelajaran, Komunikasi, Persepsi, Penyepaduan dan Interaksi, dan Perkhidmatan. Lihat juga sistem AI. |
| artificial intelligence architect | arkitek kecerdasan buatan | STEM | Tiada | Individu yang merancang, mereka bentuk dan membina sistem kecerdasan buatan. |
| artificial intelligence ethicist | ahli etika kecerdasan buatan | STEM | Tiada | Individu yang menilai implikasi etika sistem kecerdasan buatan dan impaknya terhadap masyarakat. |