| teknik jiran terdekat | nearest-neighbour technique | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Kaedah yang berasaskan nilai fungsi kemiripan atau kedekatan untuk mencari penyelesaian masalah komputeran. Kaedah ini digunakan dalam pembelajaran mesin atau penggelintaran. Dalam pembelajaran mesin, kaedah ini digunakan untuk mencari data yang paling mirip atau dekat dengan data yang baharu menggunakan fungsi kedekatan. Contohnya, jarak Euclid atau jarak kosinus. Dalam penggelintaran pula, seperti dalam masalah jurujual kembara, fungsi jarak digunakan untuk menentukan jiran terdekat bagi membina laluan yang optimum. |
| closeness | kedekatan | Matematik | Tiada | Tiada |
| proximity | kedekatan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
| perspective foreshortening | kedekatan perspektif | Landskap | Tiada | Perubahan saiz objek yang kelihatan semakin kecil apabila kedudukannya semakin jauh daripada pemerhati. |
| marine climate | iklim kelautan | Geografi | Tiada | Sejenis iklim yang secara langsungnya dipengaruhi dengan sifat kedekatan sebuah kawasan pada laut dan mempunyai musim panas dan sejuk yang tidak begitu ketara. |
| marine climate | iklim kelautan | Geologi | Tiada | Sejenis iklim yang secara langsungnya dipengaruhi dengan sifat kedekatan sebuah kawasan pada laut dan mempunyai musim panas dan sejuk yang tidak begitu ketara. |
| gelintar terbaik dahulu | best-first search | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Teknik gelintar heuristik yang meneroka graf atau pepohon gelintaran dengan memilih dan mengembangkan nod yang mempunyai nilai heuristik terbaik pada setiap tahap pencarian. Pemilihan ini dibuat berdasarkan fungsi penilaian heuristik yang menganggarkan kedekatan kepada penyelesaian. Gelintar terbaik dahulu berterusan sehingga mencapai penyelesaian optimum bagi masalah tersebut. |
| interpersonal attraction | tarikan interpersonal | Psikologi | Psikologi Umum | Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan tau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan atau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan berdasarkan kepada kedekatan fizikal. Semakin dekat seseorang itu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan individu itu menjadi kawan atau sahabatnya. Semakin kerap seseorang itu bertemu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan untuk membina keakraban. Kini, kekerapan bertemu dan berbicara ditingkatkan oleh teknologi komputer yang menyediakan perkhidmatan e-mel dan ruang sembang. Selain itu, kesan halo juga boleh meningkatkan minat seseorang seperti orang yang cantik biasanya akan |