| life skill | kemahiran hidup | Pendidikan | Tiada | Kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti bersukan, bertani dan lain-lain. |
| life skill | kemahiran hidup | Pengurusan | Tiada | Kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti bersukan, bertani dan lain-lain. |
| barrier | halangan | Umum | Tiada | Sesuatu yang menyekat OKU daripada menjalani kehidupan seharian secara berdikari. |
| occupation | cara kerja | Perubatan | Tiada | Sebarang jenis pekerjaan atau aktiviti dalam kehidupan seharian seperti bekerja, belajar, bermain, rehat, tidur dan lain-lain. |
| roleplay | main peranan | Kesenian | Drama dan Teater | Perbuatan membawa diri dalam teater atau kehidupan seharian sesuai dengan fungsi sosial dan tingkah laku yang setara dengan peranannya. |
| herbal product | produk herba | Herba | Tiada | Keluaran yang mengandungi herba dan digunakan dalam kehidupan seharian merangkumi produk kesihatan, kecantikan, makanan dan minuman herba. |
| functional freeze | beku fungsian | Umum | Tiada | Keadaan seseorang yang masih mampu melaksanakan tugas dan berfungsi dalam kehidupan seharian, walaupun terperangkap dalam tindak balas fisiologi. |
| counselling | kaunseling | Pentadbiran | Tiada | Fungsi personel yang cuba menolong pekerja yang menghadapai masalah di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian. |
| depression | kemurungan | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi. |
| attitudinal barrier | halangan sikap | Umum | Tiada | Sikap, pemikiran dan tingkah laku negatif yang menyekat penyertaan penuh OKU dalam aktiviti kehidupan seharian. Contohnya, diskriminasi majikan terhadap OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan. |