green engineering | kejuruteraan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kelestarian penggunaan prinsip matematik dan sains dalam reka bentuk, pengkomersialan dan penggunaan proses serta produk yang ekonomi dan boleh dilaksanakan. Kejuruteraan hijau mengambil kira pencegahan dan pengawalan pencemaran, menggalakkan kelestarian serta meminimumkan risiko terhadap kesihatan dan alam sekitar. |
MyDigital Champion School | Sekolah Juara MyDigital | Pendidikan | Tiada | Sekolah yang mempamerkan kelestarian digital dalam segala aspek pengurusan sekolah dan boleh dijadikan contoh. |
industrial ecology | ekologi industri | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Ekosistem industri yang mengurangkan kesan negatif dan meningkatkan kelestarian alam sekitar hasil penelitian aliran jisim dan tenaga dalam produk, proses, sektor industri dan ekonomi. Ekologi industri menyediakan perspektif jangka panjang, pertimbangan keseluruhan pembangunan teknologi dan dasar untuk penggunaan sumber lestari dan perlindungan alam sekitar. |
public awareness | kesedaran awam | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pemahaman terhadap pentingnya persekitaran dan keperluan untuk melindunginya bagi kelestarian pada masa akan datang. |
corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pengurusan | Perancangan | Suatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka. |
green deal | kesepakatan hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Dasar, inisiatif, atau perjanjian yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Eropah untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar, mengurangkan pelepasan karbon serta beralih kepada ekonomi rendah karbon dan mesra alam bagi memastikan Kesatuan Eropah mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2050. Sinonim European Green Deal. |
Green Financing | Pembiayaan Hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Kaedah pendanaan yang menyokong dan menggalakkan amalan dan inisiatif yang berteraskan kelestarian alam sekitar. |
carrying capacity | daya tampung | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Keupayaan alam sekitar untuk menampung tahap maksimum beban pencemar tanpa menjejaskan kelestarian alam. |
block system | sistem blok | Perikanan | Tiada | Peraturan perikanan yang menetapkan bahawa aktiviti memancing perlu dilakukan mengikut kuota atau mengikut zon tertentu. Sistem ini bertujuan untuk memastikan kelestarian stok ikan. |
sustainable development | pembangunan mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembangunan yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pada masa kini, tanpa menjejaskan alam sekitar dan kepupusan sumber serta dapat menjamin kelestarian pada masa hadapan. |