Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelor-


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Moringa ptergospermakacang kelorHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok kecil dalam famili Moringaceae yang dikenali juga sebagai remunggai. Tumbuhan ini berasal dari India dan Sri Lanka. Tingginya sehingga 10 m dan tumbuh subur di kawasan terdedah. Daunnya jenis tripinat dan mengandungi anak daun bersaiz kecil. Anak daun tersusun bersetentang dan berwarna hijau pucat. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah tangkai daun dan berwarna putih. Buahnya jenis lenggai dan panjang lebih kurang 45 cm dan runcing di hujung. Biji yang masak berwarna perang gelap, mempunyai tiga bucu dan bersayap nipis. Daunnya dibuat sayur oleh ibu selepas bersalin untuk menggalakkan pengeluaran susu. Akarnya dibalut pada perut untuk menegangkan semula kulit perut. Daun yang telah dilumatkan ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu. Daun dan buah dimakan untuk mengubati masalah penghadaman. Akar digunakan untuk merawat sakit kepala. Minyak biji digunakan sebagai sapuan untuk merawat sakit sendi. Daun dan buah muda dibuat sayur. Daunnya kaya dengan vitamin

Kembali ke atas