| molecular sequence similarity | kemiripan jujukan molekul | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keadaan dua jujukan DNA atau protein yang mempunyai bes (contohnya, bes adenina dijajakan dengan bes tiamina) atau asid amino yang mirip (contohnya, asid amino lisin dijajarkan dengan asid amino valin) pada kedudukan yang sama sewaktu dijajarkan. Kemiripan bes atau asid amino ini ditentukan oleh sifat fizikokimianya. Kemiripan jujukan molekul diukur dalam bentuk peratusan. |
| resemblance method | kaedah kemiripan | Matematik | Tiada | Tiada |
| teknik jiran terdekat | nearest-neighbour technique | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Kaedah yang berasaskan nilai fungsi kemiripan atau kedekatan untuk mencari penyelesaian masalah komputeran. Kaedah ini digunakan dalam pembelajaran mesin atau penggelintaran. Dalam pembelajaran mesin, kaedah ini digunakan untuk mencari data yang paling mirip atau dekat dengan data yang baharu menggunakan fungsi kedekatan. Contohnya, jarak Euclid atau jarak kosinus. Dalam penggelintaran pula, seperti dalam masalah jurujual kembara, fungsi jarak digunakan untuk menentukan jiran terdekat bagi membina laluan yang optimum. |
| paronomasia | paronomasia | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa dalam proses penciptaan sesebuah puisi. Penyair menggunakan perkataan atau diksi yang didasarkan kepada persamaan atau kemiripan bunyinya. Contohnya, 'romannya berubah menjadi pucat setelah membaca roman itu', iaitu roman yang pertama memberi makna wajah, manakala roman kedua membawa maksud cerita panjang berbentuk novel atau prosa. |