| antidiabetic | antidiabetis | Herba | Fitoterapi | Bahan yang digunakan untuk mengubati atau mengurangkan gejala dan komplikasi kencing manis. |
| diabetes mellitus | kencing manis | Herba | Fitoterapi | Keadaan yang dicirikan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah dan di dalam air kencing. |
| progressive impairment | kejejasan progresif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan kesihatan yang merosot secara berterusan akibat penyakit seperti barah dan kencing manis. |
| e-disease management | e-pengurusan penyakit | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem pendekatan kesihatan yang mengajar pesakit menguruskan penyakit kronik yang dihidapinya, seperti kencing manis, sakit jantung, lelah, kanser, dan HIV. Sistem ini juga melibatkan pesakit, perunding perubatan dan juga pakar perubatan. Sistem ini memudahkan pesakit mempelajari cara penjagaan diri dan cara menghindari komplikasi penyakit. |
| hypoglycaemic drug | ubat hipoglisemia | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat oral yang digunakan untuk menurunkan paras gula dalam penyakit diabetes melitus yang tidak bergantung kepada insulin (kencing manis jenis 2). Ubat ini bertindak sama ada dengan cara menurunkan paras gula darah secara langsung atau meningkatkan rembesan insulin dari kelenjar pankreas. Pengambilan ubat yang tidak diikuti dengan jadual pemakanan yang betul atau pengambilan ubat yang berlebihan boleh menyebabkan paras gula darah menurun secara berlebihan yang dikenali sebagai hipoglisemia. Contoh ubat ialah Glibenclamide, Repaglinide dan Metformin. Sinonim agen hipoglisemia oral. |
| enuresis | enuresis | Herba | Fitoterapi | Pengeluaran urin yang tidak terkawal terutamanya oleh kanak-kanak pada waktu malam. Enuresis boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan sekunder seperti kencing manis, tekanan emosi atau saluran urinari yang tidak normal. |
| blood analysis | analisis darah | Kimia | Forensik | Pemeriksaan sampel darah, terutamanya untuk menentukan jenis darah atau mendiagnosis penyakit. Misalnya, pemeriksaan sampel darah untuk mendiagnosis penyakit leukemia, ekzema, kencing manis, dan kanser. Selain itu, ia juga digunakan dalam analisis toksikologi. |
| gangrene | gangren | Herba | Fitoterapi | Tisu mati atau nekrosis yang meluas akibat terputusnya bekalan darah ke bahagian tersebut. Gangren biasanya ialah komplikasi akibat proses jangkitan atau keradangan, kecederaan dan kemerosotan sesuatu penyakit kronik seperti kencing manis. |
| fat embolism syndrome | sindrom embolisme lemak | Perubatan | Tiada | Gejala yang timbul akibat tersebarnya titisan lemak dalam sirkulasi darah yang biasanya berlaku selepas trauma major. Gejala ini juga boleh berlaku kepada mangsa kebakaran, pesakit akut pankreatitis, kencing manis, dalam prosedur rekonstruksi sendi dan sedutan lemak. Embolisme lemak boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keliru, resah, sawan, infark serebrum, koma, sesak nafas, hemoptisis, takikardia dan hipotensi. |
| geriatric anaesthesia | anestesia geriatrik | Perubatan | Tiada | Subbidang anestesiologi yang berkaitan dengan pemberian bius kepada pesakit geriatrik, iaitu pesakit yang berumur lebih daripada 65 tahun. Golongan ini biasanya mengalami penyakit seperti sakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, bronkitis, bronkiektasis, emfisema, kegagalan fungsi ginjal dan osteoporosis. Pemberian ubat perlu dilakukan secara berhati-hati kerana margin keselamatan ubat yang terhad mudah menimbulkan komplikasi dan kesan sampingan. |