| deduce | mendeduksi | Matematik | Tiada | 1. Menerbitkan kesimpulan berasaskan hujah yang boleh diterima.,2. Mendapat suatu kesimpulan menyeluruh daripada data. |
| ending | hujung | Farmasi | Tiada | 1. Tamat atau kesimpulan.,2. Penghujung saraf. |
| deduction | deduksi; potongan | Matematik | Tiada | 1. Deduksi: Proses membuat kesimpulan menggunakan logik atau mantik berdasarkan maklumat yang ada atau anggapan yang dikemukakan. |
| trial trench | lubang percubaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap bagi merangka perancangan ekskavasi. Maklumat tentang stratigrafi dinding petak dapat dijadikan sebagai contoh untuk mendapatkan gambaran sebenar lapisan tanah di sesebuah tapak. Sekiranya berlaku penemuan artifak dalam lubang percubaan ini, perkaitan dengan stratigrafi merupakan data penting untuk membuat kesimpulan awal tentang tahap budaya dan usia tapak yang dikaji. Lubang percubaan inilah yang akan membantu pembentukan perancangan strategi ekskavasi. Ukuran lubang ini pelbagai saiz seperti 4 meter x 2 meter, 2 meter x 1 meter, 1 meter x 3 meter dan sebagainya. Sinonim petak percubaan. |
| AI boleh jelas (XAI) | explainable AI (XAI) | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Sistem AI yang dapat memberikan penerangan tentang keputusan atau output yang dihasilkan. Contoh penerangan adalah seperti yang berikut: 1) bukti, sokongan atau taakulan bagi setiap output. 2) keterangan alasan yang mudah difahami bagi hasil yang gagal atau yang berjaya 3) penjelasan tepat yang mengambarkan bagaimana kesimpulan dihasilkan. 4) penjelasan had kemampuan, terutamanya kelemahan atau kekurangan atas kepercayaaan output. |