Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.til] | کتيل

Definisi : ; seketil secubit, segentel, sejemput; berketil-ketil bergentel-gentel, berbutir kecil-kecil; mengetil 1. memotong (menghiris) sedikit; 2. mengerip, mengunggis; 3. mencubit: anak itu menangis terjerit-jerit kerana diketil ibunya; ketilan hasil mengetil, getilan, cubitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.til] | کتيل

Definisi : ; mengetil 1 menyepit dgn jari; menggetil; mencubit. 2 memotong atau menghiris sedikit. ketilan bahagian atau potongan kecil yg diketil; getilan; cubitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketil (kata kerja)
Bersinonim dengan kutir, kutil, cubit, unggis;,
Kata Terbitan : seketil,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ketylketilKimiaTiadaTiada
ketyl radicalradikal ketilKimiaTiadaTiada
canoeperahu batangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat pengangkutan yang diperbuat daripada sebatang pokok yang dibelah dua dan ditarah di bahagian tengah, hujung dan bawahnya. Perahu batang dikenali juga sebagai perahu sagur. Perahu sagur yang ditemui di Sungai Kuala Ketil (Kedah) pada tahun 1996, mempunyai lubang yang ditutup dengan damar, bertujuan untuk mengimbangi ketebalan pada setiap bahagian dinding perahu tersebut. Perahu jenis ini digunakan untuk tujuan pengangkutan dan/atau perdagangan. Sinonim kolek batang.

Kembali ke atas