Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia tak organik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inorganic chemicalkimia tak organikKejuruteraanTiadaTiada
inorganic chemistrykimia tak organikKimiaTiadaTiada
basic inorganic chemistrykimia tak organik dasarKimiaTiadaTiada
inorganic chemistrykimia tak organikKimiaTiadaCabang ilmu kimia yang berkaitan dengan pengkajian semua unsur dan sebatian masing-masing, kecuali sebatian karbon. Bagaimanapun, karbida logam, oksida karbon dan sulfida karbon trmasuk dalam subbidang ini.
inorganic originasal mula tak organikKejuruteraanPetroleumKonsep yang membawa pengertian bahawa minyak mentah/gas asli terjadi melalui proses tindak balas kimia antara unsur-unsur kimia tak organik yang sedia wujud dalam bumi. Di bawah pengaruh tekanan serta suhu yang tertentu, unsur karbon (C) dapat berpadu dengan unsur hidrogen (H) untuk membentuk sebatian hidrokarbon.
autotrophautotrofPertanianAgronomi

Organisma yang berupaya mensintesis bahan organik yang kompleks daripada bahan tak organik yang mudah dengan menggunakan sumber tenaga luaran. Sumber tenaga luaran dapat diperoleh daripada cahaya suria atau daripada tindak balas kimia tak organik. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada cahaya suria dalam proses fotosintesis untuk membentuk karbohidrat daripada karbon dioksida dan air. Manakala bakteria menggunakan tenaga daripada pengoksidaan bahan kimia seperti hidrogen sulfida, ammonium dan ion ferum.

organic peroxideperoksida organikKimiaTiadaTerbitan hidrogen peroksida yang hidrogennya digantikan dengan radikal organik. Peroksida organik lebih berbahaya daripada peroksida tak organik kerana ia mudah meletup. Sebatian jenis ini diperoleh daripada tindak balas substrat organik dengan hidrogen peroksida. Peroksida organik digunakan sebagai racun kulat dan agen pensterilan. Misalnya, benzoil peroksida dan kumena peroksida.
inorganic carbon key pollutantspencemar utama karbon tak organikKejuruteraanKejuruteraan KimiaPencemar tak organik yang terkandung di dalamnya unsur karbon. Misalnya, karbon dioksida (CO2) dan karbon monoksida (CO). Pencemar karbon dioksida berpunca daripada sebarang proses pembakaran yang tidak lengkap.
IUPAC nomenclature systemsistem tatanama IUPACKimiaTiadaSistem penamaan kimia, sama ada sebatian organik atau sebatian tak organik, mengikut kaedah yang dipersetujui oleh International Union of Pure and Applied Chemistry. Misalnya, sebatian yang berformula CH3CH2OH disebut etanol dan sebatian tak organik yang berformula FeO2O3 disebut freum(III) oksida.
hydroxyl groupkumpulan hidroksilKimiaTiadaKumpulan berfungsi –OH, yang merupakan ciri bagi siri alkohol dan terdapat juga di dalam banyak sebatian tak organik. Kumpulan hidroksil begi sebatian organik dapat menderma proton lalu membentuk alkoksida, RO–, dan kumpulan hidroksil bagi sebatian tak organik pula membentuk ion hidroksida, OH-.
12345678910...

Kembali ke atas