Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lo.ni] | کولوني

Definisi : 1. negeri, tanah jajahan; 2. sekumpulan serangga atau haiwan dr jenis yg sama yg hidup bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lo.ni] | کولوني

Definisi : 1 negeri atau wilayah yg diperintah oleh bangsa lain; tanah jajahan. 2 kumpulan haiwan atau tumbuh-tumbuhan sama jenis yg tinggal atau yg tumbuh bersama-sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koloni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zoariumzoariumGeologiTiada1. Bahagian rangka kolektif bagi seluruh koloni briozoa.,2. Koloni briozoa.
colony bankbank koloniBiologiGenetikHimpunan koloni bakteria yang mengandungi keratan DNA sesuatu organisma dalam bentuk plasmid rekombinan yang mewakili keseluruhan genom organisma tersebut.
colony hybridizationpenghibridan koloniBiologiGenetikPengecaman koloni bakteria yang mengandungi jujukan terklon dengan menggunakan kaedah penghibridan.
colony bankbank koloniKimiaTiadaHimpunan koloni bakteria yang mengandungi keratan DNA sesuatu organisma dalam bentuk plasmid rekombinan yang mewakili keseluruhan genom organisma tersebut.
colony hybridizationpenghibridan koloniFarmasiBioteknologi FarmasiTeknik untuk mengesan jujukan nukleotida khusus pada DNA yang diperoleh daripada koloni mikroorganisma dengan menggunakan prob terlabel. Lihat juga penyepuhan, prob.
EMB agaragar-agar EMBBiologiGenetikMedium pertumbuhan yang kompleks untuk pengecaman koloni bakteria muatan tertentu. Medium ini mengandungi eosin dan metilena biru iaitu dua pewarna sensitif pH, serta gula seperti laktosa. Misalnya, dalam pengecaman koloni bakteria lac+, bakteria lac+ akan memetabolismekan laktosa secara oksidatif dan mengeluarkan ion hidrogen ke dalam agar-agar dan ini akan merendahkan pH, dan menyebabkan pewarna agar-agar bertukar menjadi warna ungu tua. Bagi koloni bakteria lac- pula, bakteria ini menggunakan asid amino sebagai sumber tenaga untuk mengeluarkan NH3, yang akan meningkatkan pH yang akan menyahwarna pewarna untuk menghasilkan koloni berwarna putih.
colonytanah jajahan; koloniGeologiTiadajajahan: Tanah yang dijajah oleh kuasa yang lebih kuat dan diperintah berdasarkan sistem pemerintahan penjajah.,3. Koloni: Sebarang kumpulan organisma yang hidup bersama, merujuk kepada semut, lebah, dan lain-lain.
pengoptimuman koloni semut (ACO)ant colony optimization (ACO)Kecerdasan BuatanPerancanganAlkhwarizmi metaheuristik yang diusulkan oleh Marco Dorigo pada tahun 1992, berinspirasi daripada tingkah laku koloni semut dalam mencari makanan dan kembali ke sarang. Alkhwarizmi ini meniru tingkah laku semut yang meninggalkan jejak feromon pada laluan yang dilalui untuk memandu semut lain memilih laluan paling baik. Jika bertambah banyak semut melalui jejak tersebut, maka akan bertambah kuat feromonnya. Dalam ACO, semut tiruan (ejen perisian) bergerak dalam ruang penyelesaian, membina laluan secara berperingkat, dan meninggalkan jejak feromon buatan pada tepi graf berpemberat. Jejak feromon buatan pada setiap tepi graf dikemas kini sepanjang iterasi untuk mencerminkan kualiti penyelesaian yang ditemui; laluan yang lebih pendek atau lebih baik akan menerima lebih banyak feromon, manakala feromon pada laluan yang kurang baik akan merosot melalui proses penyejatan. Mekanisme ini membolehkan sistem secara kolektif mencari lintasan atau penyelesaian dengan kos paling minimum. Sebagai contoh, ACO digunakan seca
colony-stimulating factor (CSF)faktor perangsang koloni (CSF)PerubatanTiadaKumpulan protein sitokin yang merangsang penghasilan sel darah putih tertentu dalam sumsum tulang. Protein ini terdapat di dalam badan secara semula jadi atau boleh dihasilkan di makmal. Ia digunakan jika berlaku kekurangan sel darah putih seperti pada pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. CSF merangkumi faktor perangsang koloni granulosit (G-CSF), faktor perangsang koloni makrofaj (M-CSF) dan faktor perangsang koloni granulosit-makrofaj (GM-CSF).
total plate countjumlah kiraan platMakanan dan PemakananMakananKaedah mikrobiologi yang menganggarkan jumlah koloni mikroorganisma dalam sampel makanan dengan cara membiakkannya di dalam agar-agar. Sel mikroorganisma akan membiak berlipat kali ganda sehingga menghasilkan koloni yang dapat dilihat dengan mata kasar.
123456789

Kembali ke atas