| competency-based learning | pembelajaran berasaskan kompetensi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya kemahiran asas yang konkrit. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kompetensi berasaskan kriteria yang ditetapkan. Pendekatan ini diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kompetensi yang perlu dikuasai. Lihat juga pengajaran berpandukan kriteria (CRI). |
| criminal competence | kompetensi jenayah | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| trained personnel | individu terlatih | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Seseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik. |
| STEM skill | kemahiran STEM | STEM | Tiada | Keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis, kebolehan menyelesaikan masalah, keingintahuan secara intelek, kemampuan membuat keputusan berasaskan data, kesediaan fleksibiliti dan kebolehan bekerjasama. Kemahiran ini perlu dikuasai secara menyeluruh untuk mencapai kompetensi STEM. |
| contract giver | pemberi kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang bersetuju untuk memberikan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang kepada penerima kontrak. Amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Penokok Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pemberi kontrak bertanggungjawab untuk menilai kompetensi penerima kontrak, memberikan maklumat yang diperlukan oleh penerima kontrak dan menetapkan spesifikasi supaya penerima kontrak dapat melaksanakan kerja yang diarahkan dengan sepenuhnya. Pemberi kontrak harus menjelaskan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk atau kerja yang mungkin menimbulkan bahaya pada premis, peralatan, personel, bahan atau produk yang lain. Pemberi kontrak juga harus memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan oleh penerima kontrak adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. |
| delegation | penugasan | Pengurusan | Perancangan | Proses memindahkan kuasa sah dan tanggungjawab daripada seseorang pengurus kepada staf yang berada dalam kedudukan yang lebih rendah dalam struktur hierarki sesebuah organisasi. Tujuan penugasan lazimnya adalah untuk meneruskan tugas yang diwakilkan kerana ketiadaan pengurus atau sebagai sebahagian daripada pendekatan pembangunan kompetensi staf yang berkenaan. Lihat juga pemerkasaan. |