Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labisia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Labisia pumilakacip fatimahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba daripada famili Myrsinaceae yang hidup liar di hutan dan memerlukan naungan pokok lain. Daunnya berbentuk bujur atau elips lanseolat, dan berwarna hijau tua serta boleh mengeluarkan akar. Bunganya kecil terdapat pada jambak rasem yang panjang lebih kurang 6 cm. Jambak bunga keluar dari celah daun. Bunganya berwarna merah jambu atau ungu muda. Buahnya jenis beri, berbentuk bulat dan berwarna merah apabila masak. Air rebusan keseluruhan pokoknya diminum sebagai tonik untuk ibu selepas bersalin. Air rendaman akarnya dijadikan air selusuh untuk wanita yang sakit hendak bersalin. Pokok ini juga dibuat ubat untuk merawat gonorea, dismenorea, disenteri, reumatik dan masalah angin.
Plant classificationPengkelasan tumbuhanPertanianTiadaMeletakkan tumbuhan dalam kumpulan atau taxa yang merujuk kepada beberapa kategori mengikut aturan taksonomi contohnya setiap spesies dikelaskan dalam satu genus dan genus pula terletak dalam satu famili. Contohnya Labisia pumila. Genusnya ialah Labisia yang terletak dalam famili Myrsinaceae.
attenuateatenuatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk pangkal lai daun yang beransur-ansur menirus ke tangkai daun (petiol). Contohnya, balong ayam (Celosia argentea) dan kacip fatimah (Labisia pumila).
lanceolatelanseolatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang lebar di pangkal dan runcing di hujung. Panjangnya tiga hingga enam kali ganda daripada lebar daun. Contohnya, daun kacip fatimah (Labisia pumila var. lanceolata) dan daun kesum (Polygonum minus).

Kembali ke atas