| off-shore financial market | pasaran kewangan pesisir pantai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pasaran yang menyediakan urus niaga perbankan bagi individu dan syarikat bukan pemastautin. Di negara tempat operasi, pasaran ini membolehkan entiti asing menembusi pasaran kewangan di negara tersebut tanpa mengikut peraturan sebagai bukan pemastautin. Hal ini bermakna pasaran kewangan pesisir pantai membolehkan bukan pemastautin menjalankan urus niaga dalam semua mata wang kecuali mata wang negara tempat operasi. Entiti asing juga menggunakan kemudahan perbankan pesisir pantai untuk mengelakkan cukai dan peraturan yang ketat. Contohnya, Pasaran Kewangan Pesisiran Pantai Labuan yang membenarkan entiti asing menjalankan urus niaga perbankan Islam dan perbankan konvensional. |