| papilla | papila | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Rambut atau bulu pada permukaan epidermis yang tumbuh berdekatan kelenjar. 2. Organ pelekat tambahan yang hujungnya dapat mengecut, seperti yang terdapat pada kebanyakan trematod. 3. Satu daripada bermacam-macam-macam jenis bonjol korium pada lidah dan eminen kulit. 4. Struktur berbentuk kon, seperti puting susu, bahagian hujung piramid buah pinggang, papila lakrimal pangkal bulu burung dan lain-lain lagi. |
| simile | simile | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa kiasan yang membandingkan ciri utama sesuatu objek dengan ciri utama objek lain. Biasanya simile menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam atau umpama. Contohnya, putih seperti kapas. Simile berasal daripada perkataan Latin similis yang bermaksud �seperti�. |
| unit vector | vektor unit | Mekanik | Gunaan | Vektor bebas yang mempunyai magnitud 1. Vektor unit tidak mempunyai sebarang unit ukuran. Vektor ini digunakan untuk memerihalkan hala sebarang vektor lain. misalnya, jika vektor V mempunyai magnitud V, maka vektor unit uv yang sama halanya dengan V ialah uv = V/V, dan vektor V boleh disebut sebagai Vuv (dengan V memberikan magnitudnya dan uv memberikan halanya). Ada bermacam-macam simbol yang digunakan untuk vektor unit yang umum. Simbol ini termasuklah u dan n. Lihat juga vektor unit Cartesan. |