Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.baian] | لمباين

Definisi : 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggil­an syaitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.baian] | لمباين

Definisi : 1 gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2 gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambai
Kata Terbitan : melambai, melambai-lambai, lambaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whistle and flag swimmingrenang wisel bendera (Polo Air)SukanTiadaLambaian dengan menggunakan bendera sambil wisel dibunyikan oleh pengadil-pengadil pertandingan, untuk mengisyaratkan sesuatu hal, pada sukan polo air.
gesturegerak isyaratKomunikasiTiadaPergerakan anggota badan dalam proses komunikasi yang digunakan sebagai lambang untuk menunjukkan makna tertentu. Contohnya, lambaian tangan digunakan untuk mengucapkan selamat tinggal.
pengecaman gerak isyaratgesture recognitionKecerdasan BuatanPersepsiProses mengenal pasti corak dan kelaziman dalam gerak isyarat secara automatik dengan menggunakan alkhwarizmi pembelajaran mesin. Proses ini membolehkan komputer mentafsir gerak isyarat dengan menggunakan penglihatan komputer atau teknologi berasaskan sensor. Gerak isyarat boleh terdiri daripada gerakan anggota badan, robot atau objek seperti lambaian tangan, bahasa badan, atau ekspresi muka. Contoh aplikasi teknologi pengecaman gerak isyarat seperti mengawal peranti TV pintar yang menggunakan gerakan tangan, sistem mengesan pergerakan pesakit dan sistem komunikasi berasaskan pergerakan bagi orang kurang/kelainan upaya (OKU).

Kembali ke atas