| politics of local government | politik kerajaan tempatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | <p>Persaingan politik yang wujud pada peringkat lokal tanpa melibatkan peringkat negeri atau pusat. Politik peringkat ini berlegar sekitar persoalan tanah dan pembahagian tanah, lesen, kontrak dan tender, kemudahan awam, infrastruktur dan keselamatan kawasan tempatan. Jabatan kerajaan yang sering terlibat dengan politik peringkat ini ialah Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Agama dan sebagainya.p> |
| import quota | kuota import | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | <p>Sekatan yang dilakukan kerajaan terhadap kuantiti barangan yang boleh diimport ke dalam negara pada suatu jangkamasa yang ditetapkan. Jumlah kuota yang dibenarkan biasanya lebih rendah dari jumlah kebiasaan dalam perdagangan bebas. Sekatan ini boleh dilakukan dengan memberi lesen kepada pengimport tertentu dan jumlah import tersebut dikawal hadnya. Terdapat dua jenis kuota import iaitu kuota absolut dan kuota kadar-tarif. Kuota absolut meletakkan had jumlah tertentu sesuatu barangan yang diimport dan berasaskan siapa dulu dia dapat, apabila bilangan ini sudah mencapai hadnya maka import akan disekat. Manakala kuota kadar-tarif akan meletakkan kadar tarif yang rendah kepada barangan import untuk satu jangkamasa yang terhad dan ini akan menggalakkan import. Selepas barangan tersebut mencukupi kadar tarif itu akan dinaikkan dan import akan berkurangan atau terhenti. Kesan kepada kuota import ini adalah sama dengan kesan tarif apabila pelaksanaanya akan menaikkan harga barangan domestik akibat kekurangan persa |
| bribery | rasuah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | <p>Tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.p> |