Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
logam (kata nama)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heavy metal contaminationkontaminasi logam beratHerbaTiadaPencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing.
heavy metallogam beratMakanan dan PemakananTeknologi MakananLogam yang tumpat dan sangat toksik seperti kadmium, plumbum dan merkuri. Kehadirannya dalam makanan pada tahap tertentu akan mengakibatkan keracunan. Logam berat dalam makanan berpunca daripada beberapa sumber seperti alat pemprosesan, pembungkusan, persekitaran dan sisa semburan bahan kimia. Antara gejala ketoksikan disebabkan logam berat ialah radang paru-paru, gangguan saraf, anemia dan cirit-birit.
heavy metallogam beratPertanianAgroteknologiLogam yang mengandungi graviti spesifik lebih dari 0.5 dan beracun seperti plumbum (Pb) atau raksa (Hg). Penggunaan racun serangga yang melebihi kadar ditetapkan akan menghasilkan kandungan logam berat dalam buah-buahan atau bijirin. Selain itu, penanaman tanaman di atas tanah lombong juga akan mengakibatkan penyerapan logam berat oleh tanaman. Kesan buruk daripada makanan yang mengandungi unsur ini boleh menyebabkan kanser dan berbagai-bagai penyakit kronik kepada manusia.
heavy metallogam beratHerbaTiadaBahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink. Lihat juga kontaminasi logam berat.
heavy metalslogam beratBiologiEkologiUnsur-unsur yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang pada amnya beracun pada tumbuhan dan haiwan, walaupun dengan kepekatan yang rendah. Logam-logam ini biasanya merupakan sisa sekitaran, dan menunjukkan pengumpulan biologi. Misalnya, raksa (Hg), kromium(Cr), kadmium (Cd), arsenik, plumbum (Pb), zink (Zn), tembaga (Cu), dan ferum (Fe).
heavy metallogam beratFizikTiadaTiada
heavy metallogam beratKejuruteraanTiadaTiada
heavy metallogam beratPertanianTiadaTiada
heavy metallogam beratPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
heavy-metal starsbintang logam beratMatematikTiadaBintang daripada spektrum S dalam pengelasan Spektrum Bintang Harvard. Bintang ini adalah daripada jenis merah, dengan spektrumnya serupa dengan bintang M dan M, kecuali bintang ini mempunyai garis zikornium oksida yang menonjol.
12345678910...

Kembali ke atas