| loading rack | rak punggah | Kejuruteraan | Tiada | Peralatan yang digunakan untuk memindahkan minyak mentah ke dalam lori tangki. |
| oil spill | tumpahan minyak | Kejuruteraan | Petroleum | Kuantiti minyak yang bocor dan tumpah ke permukaan bumi atau ke permukaan air. Biasanya kebocoran ini berlaku semasa minyak tersebut dalam proses pengangkutan atau dalam talian aliran dari satu tempat ke tempat yang lain. pengangkutan umumnya ialah kapal tangki, lori tangki atau talian paip. |
| bulk cement | simen pukal | Alam Bina | Tiada | Simen yang dihantar ke tapak binaan dalam kuantiti yang banyak di dalam muatan khas seperti lori tangki atau gerabak kereta api dan bukannya dalam beg simen seperti yang biasa digunakan. |
| bulk cement | simen pukal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Simen yang dihantar ke tapak bina dalam kuantiti yang banyak, lazimnya di dalam satu muatan khas seperti lori tangki ataupun kereta api dan bukan di dalam beg simen yang selalu digunakan. |