| cut hole | lubang potong | Kejuruteraan | Tiada | Lubang-lubang pertama yang diletus semasa membuat terowong atau telaga untuk memecahkan sedikit batu dan membentuk muka bebas untuk lubang-lubang luar. |
| coil binding | jilidan pilin | Perpustakaan | Tiada | Bentuk jilidan yang terdiri daripada sebaris lubang-lubang kecil yang ditebuk pada setiap helaian dan helaian-helaian tersebut dihubungkan melalui dawai pilin berpintal yang dimasukkan melalui lubang-lubang kecil tadi. |
| pinhole | lubang jarum | Kejuruteraan | Tiada | 1. Lubang-lubang kecil pada kertas yang disebabkan oleh kecacatan pengilangan. |
| feed hole | lubang suap | Kejuruteraan | Tiada | Lubang-lubang pada bahagian tepi kertas komputer, dipasangkan kepada roda sproket supaya pergerakannya boleh dipandu oleh roda tersebut. |
| seepage pit | lubang tirisan | Kejuruteraan | Tiada | Lubang-lubang di permukaan tanah bagi membenarkan larutan meresap ke dalamnya. |
| hole conduction | konduksi lubang | Kejuruteraan | Tiada | Pengaliran lubang-lubang dalam jalur valensi sesuatu bahan semikonduktor. |
| borehole spacing | luangan lubang gerek | Geologi | Tiada | Jarak di antara lubang-lubang gerek yang digerudi untuk tujuan penjelajahan atau pensampelan. |
| defect conduction | konduksi cacat | Kejuruteraan | Tiada | Pengaliran lubang-lubang dalam jalur valensi sesuatu bahan semikonduktor. |
| clean-cut perforation | tebukan sempurna | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan tebukan lubang pada jidar setem yang menghasilkan lubang-lubang yang bersih dan kemas. |
| rock drill | gerudi batuan | Kejuruteraan | Tiada | Mesin untuk mengorek lubang-lubang yang agak cetek pada batuan untuk tujuan peletupan. |