| giocoso | giocoso | Muzik | Tiada | Gaya yang kelakar dan berjenaka. Giocoso biasanya dimainkan dengan ton yang ringan dan tempo muzik yang rancak. |
| baglama | baglama | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Turki yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Baglama ialah lut yang dipetik dengan jari dan berleher panjang. Alat muzik ini di mainkan oleh asik, iaitu penyanyi profesinnal Turki dalam muzik rakyat. Lihat juga saz. |
| chiz | chiz | Muzik | Tiada | Bahagian yang dicipta dalam muzik vokal khyal yang dimainkan selepas bahagian alap yang diimprovisasikan. Chiz mengandungi tala yang tetap. Dalam muzik Hindustani, chiz terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sthayi dan antara. |
| sanang lapis | sanang lapis | Muzik | Tiada | Gong berbusut bersaiz sederhana. Alat muzik ini tergantung dan dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut. Gong ini dimainkan secara bertingkah-tingkah serentak dengan bahagian muzik lain dalam ensembel sopogandangan. Sinonim sanang tinukul. Lihat juga sanang. |
| zu | zu | Muzik | Tiada | Zu bermaksud terlalu. Arahan kepada pemuzik untuk memainkan tempo yang rancak serta bertenaga tetapi tidak terlalu cepat. Contohnya, dalam Krqftig bewegt dan doch nicht zu schnell. |
| qing | qing | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Qing terdiri daripada beberapa ketul batu kecil yang ditiunkan dalam skel pentatonik Cina dan dipukul dengan pemukul. Set batu yang dikenali sebagai bianqing memainkan bahagian melodi dalam orkestra diraja China. |
| tong | tong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon jenis yang dipetik, iaitu hap mulut. Tong serupa dengan alat muzik ruding dan hap mulut yang lain. Alat muzik ini memainkan motif melodi pendek untuk hiburan. Tong yang terdapat di Sarawak dimainkan oleh kaum Kajang dan Orang Ulu di kawasan pedalaman. Lihat juga bungkau. |
| shahnai | shahnai | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Badannya diperbuat daripada kayu, sementara bahagian loceng logam yang berbentuk kon dipasang pada badan di bahagian hujung. Shahnai mempunyai tujuh lubang jari. Rid berkembar dipasang pada badan dan ditiup pada bahagian pangkalnya. Alat muzik yang terdapat di India Utara ini, dimainkan dalam tradisi muzik klasik Hindustani. Shahnai mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay dari Timur Tengah. Pada zaman dahulu, shahnai dimainkan dalam orkestra naubat di istana |
| sompoton | sompoton | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis alat paip berid yang tidak terkawal. Sompoton merupakan sejenis organ mulut yang terdiri daripada tujuh buluh yang berbeza panjangnya dan disusun seperti rakit berganda dua. Sekeping rid terkandung di dalam setiap buluh dan satu lubang jari dipotong pada sisinya. Bahagian hujung kesemua buluh ditutup rapat di dalam sebiji labu. Udara ditiup ke dalam labu dan lubang jari ditutup dengan jari untuk menghasilkan pic tertentu. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel pentatonik. Sompoton menghasilkan melodi dan harmoni dalam muzik solo untuk hiburan. Alat muzik ini terdapat di Sabah dan dimainkan dalam muzik rakyat oleh suku kaum Kadazan. Lihat
|