Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pemba­ngunan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mampan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Global Sustainable Investment Alliance (GSIA)Perikatan Pelaburan Mampan Global (GSIA)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusOrganisasi pelaburan mampan serantau dari seluruh dunia yang saling bekerjasama untuk menggalakkan dan menyokong pertumbuhan amalan pelaburan mampan di peringkat global.
sustainable managementpengurusan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah atau mekanisma yang digunakan dalam menguruskan penggunaan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar dan sumber fizikal. Pengurusan mampan melibatkan usaha menyeluruh bagi menyokong keupayaan ekosistem negara dalam konteks untuk menghindari atau mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Antara lain fungsi pengurusan mampan ialah menjaga kesinambungan sumber dan keperluan generasi akan datang.

sustainable competitive advantagekelebihan saingan mampanPengurusanPerancanganKeupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain.
sustainable developmentpembangunan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan.

electron beam-sustained laserlaser mampan alur elektronKejuruteraanTiadaLaser gas yang terhasil akibat suntikan mampan alur elektron bertenaga tinggi.
sustainable consumptionpenggunaan mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan terancang bagi sesuatu produk atau perkhidmatan supaya dapat memberikan kesan minimum terhadap alam sekitar. Penggunaan mampan akan menjamin persekitaran yang selamat bagi generasi akan datang.
Sustainable Development Goals (SDGs)Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusRangka tindakan bersama dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 berteraskan 17 matlamat global yang diterima pakai oleh negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk keamanan dan kemakmuran sejagat, masa kini dan akan datang.
sustainable productionpengeluaran mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan sistem yang bebas daripada pencemaran, penjimatan tenaga dan pemuliharaan sumber asli. Pengeluaran mampan boleh menghasilkan ekonomi yang berdaya maju dan menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan pengguna.
sustainable financepembiayaan mampanAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusPembiayaan yang mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang bagi pelaksanaan projek ekonomi mampan (Suruhanjaya Eropah).
Sustainable Aviation Fuel (SAF)Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarBahan api penerbangan yang dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui dan mampan seperti minyak terpakai, sisa bahan pertanian dan tanaman bukan makanan.
1234567

Kembali ke atas