| forest bathing | mandian rimba | Psikologi | Tiada | Perbuatan meluangkan masa di dalam rimba untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Mandian rimba merupakan salah satu cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan kepada golongan yang sibuk bekerja dengan menghayati segala yang terdapat di sekelilingnya termasuklah bunyi, bau dan pemandangan. Istilah ini berasal daripada bahasa Jepun, iaitu ‘shinrin-yoku’ dan merupakan rutin di Jepun sejak tahun 1980-an. Mandian rimba juga dikenali sebagai terapi rimba. |
| heating bath | mandian pemanas | Perubatan | Tiada | Tiada |
| shortbath treatment | rawatan mandian sekejap | Perikanan | Tiada | Tiada |
| bath blanket | selimut mandian | Perubatan | Tiada | Tiada |
| hot tub | tab panas | Umum | Tiada | tab mandian panas Tub mandi yang diperbuat daripada gentian kaca atau kayu yang dilengkapi penyembur. Tub mandi ini boleh memuatkan beberapa orang serentak. |
| herbal bath | mandi herba | Herba | Fitoterapi | Kaedah mandian yang menggunakan air campuran herba. Mandi herba bertujuan untuk merangsang peredaran darah, mendapatkan kulit yang cantik dan melegakan tekanan serta otot-otot yang sakit. |
| forest therapy | terapi rimba | Psikologi | Tiada | Lihat mandian rimba. |
| liquid carburizing | penyusukkarbonan cecair | Kejuruteraan | Tiada | Pengerasan permukaan keluli dengan cara merendam keluli dalam mandian lebur yang terdiri daripada sianida dan garam-garam lain, misalnya pada suhu 850-950øC. |
| Vitis trifolia | lakum | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan memanjat dalam famili Ampelidaceae yang hidup liar di tanah terbiar, di pinggir hutan dan kadangkala hidup di kawasan pesisir pantai berbatu. Batangnya kecil dilengkapi sulur paut untuk membolehkannya memanjat. Daunnya jenis majmuk dan mengandungi tiga hingga lima anak daun. Anak daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna hijau kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bercabang. Buahnya jenis beri berbentuk bulat leper berwarna hijau berkilat semasa muda dan bertukar menjadi hitam apabila masak. Daun muda dibuat ubat demam. Air rebusannya diminum dan dibuat mandian. Jus pucuknya diminum bersama-sama air nasi untuk mengubati demam malaria. Air daunnya yang dicampurkan dengan beras dibuat mandian untuk merawat demam malaria pada peringkat panas. Air mandian yang dikenali sebagai ubat jelum juga dibuat mandian untuk mengubati demam kepialu. |
| Clerodendron fragrans | setumpuk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. |